KOTA KINABALU – 16 September 2015.
Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di hadiri lebih 50,000 orang dari perbagai kaum yang datang dari seluruh pelusuk daerah Sabah, dan menanti ketibaan PM dari seawal jam 3 petang semata-mata ingin memberi sokongan padu serta melihat sendiri Perdana Menteri yang di kasihi. Setiba Perdana Menteri dihadapan ribuan rakyat laungan ” TATAP NAJIB….. TATAP SABAH kedengaran dilepaskan oleh ribuan rakyat.
Kemudian YAB Datuk Sri Panglima Mohd Najib Tun Razak ,Perdana Menteri menandatangani buku catatan Hari Malaysia 2015 ,sambil di perhatikan Timbalan Perdana Menteri,YAB.Datuk Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman, serta Speker Dewan Undangan Negeri Sabah Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
YAB Datuk Sri Panglima Mohd Najib Tun Razak ,dalam ucapan nya ,beliau amat menghormati perpaduan yang ujud di negeri ini sejak zaman berzaman, hidup dalam aman damai, saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain, beliau juga merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah amnya juga rakyat sabah diatas sokongan yang padu dan bermakna kepada beliau di sempena hari malaysia kali ini. Menurutnya lagi, beliau sangat berbangga konsep perpaduan dan tolaransi diantara kaum di Sabah yang diterapkan sejak sekian lama, menjadikan pentadbiran kerajaan stabil dan ekonomi yang mampan serta pembangunan dapat di laksanakan dengan begitu teratur.