Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Tiga tahun lagi saya masih EXCO” – Pembangkang DUN Kedah.

February 5, 2016

bundesliga

Screenshot_2016-02-05-16-03-00-1

PETALING JAYA: Simpati pembangkang terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sekadar wayang politik bagi menguasai negeri itu.

Kolumnis Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar, berkata pembangkang sangat memahami situasi politik di Negeri Jelapang Padi dan konflik yang berlaku selama 15 hari menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pembangkang tidak pernah bersimpati dengan apa yang berlaku dalam UMNO, sebaliknya menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk menguasai negeri berkenaan.

“Hakikat sebenarnya, pemimpin pembangkang sudah terbayang-bayang harapan cerah mereka untuk menguasai Kedah, sehingga seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pembangkang biar pun dalam nada bergurau berkata kepada wartawan, ‘tiga tahun lagi saya jadi EXCO’.

“Walaupun ia dianggap gurauan tetapi sebenarnya itulah yang pembangkang impikan,” katanya menerusi ruangan kolum dalam akhbar milik UMNO itu, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Kedah ke-12 bagi menggantikan Mukhriz yang hilang kepercayaan majoriti ADUN di negeri itu.

Rabu lalu, DUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dipetik sebagai berkata, ada sesetengah ADUN pembangkang menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments