Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Individu aib gambar pemimpin negara berdepan tindakan

February 6, 2016

bundesliga

Screenshot_2016-02-06-11-48-10-1

Petaling Jaya – Individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.

“Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara,” katanya dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016 di Plaza Tol Litrak di sini, hari ini.

Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai karikatur badut yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mana-mana pihak yang mendatangkan kecederaan kepada individu lain sama ada warga tempatan atau warga asing akan dikenakan tindakan.

“Warga asing dan penduduk negara ini semuanya tertakluk kepada undang-undang, jika seseorang itu mendatangkan kecederaan sesuka hatinya tidak kira kepada kenalannya atau bukan, ia tetap menjadi satu kesalahan,” katanya.

Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi empat minit yang menunjukkan seorang warga Pakistan dipukul oleh penulis blog kontroversi ‘Papagomo’ yang menjadi viral di media sosial.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments