Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Shahrizat kecewa sikap Rafidah seperti pembangkang – serang Najib.

February 6, 2016

bundesliga

Screenshot_2016-02-06-20-55-47-1

KUALA LUMPUR, 6 Februari:

Wanita UMNO kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bekas pemimpin Wanita UMNO itu juga seolah-olah sudah menggadaikan prinsip perjuangan apabila tergamak membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu tertentu dalam parti.

“Saya amat hairan dan geleng kepala membaca kenyataan beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin, taat dan patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden”.

“Prinsip ini seolah-olah telah digadaikan bilamana kini beliau pula secara terang-terangan menyangkal kepemimpinan Presiden UMNO dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti mahupun negara”.

“Sayang seribu kali sayang, Tan Sri Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip perjuangan, kini seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti,” kata Shahrizat menerusi akaun Facebook miliknya hari ini”.

Rafidah ketika mengulas kemelut politik di Kedah yang menyaksikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa berundur daripada kedudukannya selaku Menteri Besar antara lain `menuduh’ Perdana Menteri sebagai dalang kepada krisis tersebut.

Dalam pada itu, Shahrizat memaklumkan, Wanita UMNO selaku sayap yang menjadi tulang belakang kepada parti, akan sentiasa mendukung Presiden UMNO dan kesetiaan tersebut tidak akan goyah hanya kerana kenyataan seperti dibuat Rafidah.

“Wanita UMNO istiqamah memegang prinsip kesetiaan serta menyokong pimpinan Perdana Menteri kerana beliau mengambil berat tentang perjuangan parti dan juga menjaga rakyat dengan baik, di kala seluruh dunia menghadapi cabaran,” katanya”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments