Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Mukhriz Mulakan Misi ‘Balas Dendam’ Terhadap Najib.

February 7, 2016

bundesliga

Screenshot_2016-02-07-20-37-26-1

Mukhriz menggunakan ‘senjata’ sama yang sering digunakan bapanya iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagi memburuk-burukkan kerajaan iaitu isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mukhriz turut dilihat berusaha menyeret institusi diraja dalam percaturan politiknya sekali lagi selepas gagal mempergunakan institusi itu untuk mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah sebelum ini.

“Saya dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak”, kata Mukhriz.

“Jika ini tidak dapat dilakukan atau berlaku campur tangan oleh pihak yang disiasat atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mukhriz sebelum ini enggan meletak jawatan kerana mendakwa mendapat sokongan institusi diraja Kedah yang kononnya turut murka dengan UMNO negeri itu kerana mahu menggantikan beliau dengan orang lain.

Keputusan Majlis Jemaah Pemangku Diraja Kedah bagaimanapun memaklumkan, Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah maka beliau diminta meletak jawatan.

Mukhriz yang berang dengan keputusan itu kemudiannya mendakwa Najib pernah memaklumkan kemarahan beliau kepadanya kerana membuat kenyataan terbuka mengenai 1MDB dalam satu majlis di ibu negara pada Disember 2015.

“Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah,” ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments