Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

OPS GASAK: ESSCOM TAHAN 47 PATI DAN 2 LELAKI ATAS KESALAHAN MENGGUNAKAN “PUMB BOAT”

May 16, 2016

bundesliga

FB_IMG_1463389070253

BERITA DARI ESSCOM TIMES VIRAL FST .

SANDAKAN (15 Mei) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini telah menahan seramai 47 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua individu lain atas kesalahan menggunakan pumb boat dalam Ops Gasak 4 di Kg. Bahagia, sebuah perkampungan atas air kira-kira 10 kilometer dari bandar Sandakan.

Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM SAC Md. Rusli Mat Junus berkata Operasi yang bermula pada jam 4.00 pagi dan berakhir pada 10.45 pagi itu memberi tumpuan terhadap perkampungan atas air yang disyaki menjadi tempat persembunyian pati.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, seramai 215 Orang telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut seramai 110 orang telah dibawa ke pusat tahanan sementara (PTS) untuk pemeriksaan lanjut. Setelah diperiksa seramai 47 orang yang disyaki pendatang asing tanpa izin telah ditahan dan diserahkan kepada jabatan imigresen untuk proses dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Mereka yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah atau memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Ops Gasak ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak ESSCOM untuk membersihkan Negara ini khususnya pantai timur Sabah daripada PATI”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau perjalanan operasi berkenaan di Pusat Pengumpulan Sementara, di kawasan lapang, Kg. Bahagia, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Staf Pasukan Khas SAC Awang Besar Dullah, Asisten Ketua Staf Pusat Operasi Kol Nahar Azmi Mahmud, Asisten Ketua Staf Pasukan Khas ACP Mohamad Abdul Halim dan Komander Briged ESSCOM Kol. Abdul Razak Harun.

Md. Rusli berkata selain ESSCOM, operasi ini turut disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasa Malaysia (APMM), Sabah Elektricity Sdn. Bhd (SESB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pertahanaj Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya lagi, operasi pada kali ini dilaksanakan serentak dengan operasi membenteras penyambungan elektrik haram di kawasan setinggan yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada SESB dan kerajaan.

“kita juga telah menahan 2 individu lain atas kesalahan menggunakan “pumb boat”.

“ESSCOM akan memperluaskan operasi seumpama ini ke daerah-daerah lain di kawasan timur Sabah bagi menunjukkan keseriusan pihak kerajaan membasmi sebarang salah laku dan kegiatan haram yang menyalahi peraturan dan melanggar undang-undang Negara termasuk pati.

“Alhamdulillah, operasi pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku”, ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments