Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Kecoh surat anwar dedah hasrat Mahathir hancur PKR.

May 17, 2016

bundesliga

download (15)

Oleh penulis bebas Anonymous.

Keresahan Dato Anwar terkini hingga mengutus surat layang kepada pimpinan PKR yang kini menjadi viral dalam media sosial pendokong PKR, bahawa ramai pemimpin atasan PKR mulai ‘bertuankan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum ini memang kecoh cakap ‘politik kedai kopi’ terpinga-pinga melihat hubungan intim Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dengan Mahathir sejak pemeteraian Deklarasi Rakyat di ibu negara pada 4 Mac lalu.

Sekadar rekod, Menteri Besar Selangor itu pernah bertugas sebagai pegawai khas Mahathir sebelum dipinjamkan kepada Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Dua tahun lalu, Mohamed Azmin mencetuskan kontroversi apabila mengutuk Mahathir sehingga dikecam netizen yang mengungkit kisah lama bagaimana sayang Mahathir ketika Mohamed Azmin pernah terlantar uzur di hospital.

Bayangkan di sebalik kesibukan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri waktu itu, Mahathir sanggup meluangkan masa menziarahi Mohamed Azmin, mengarahkan pihak hospital menyelamatkan nyawa pegawainya tersebut.

Ini cerita lama, namun kini Mohamed Azmin dilihat seperti cuba membalas budi Mahathir semula dengan menjadi tokoh PKR paling menyerlah dalam gerakan Deklarasi Rakyat anjuran bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu.

Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak selesa Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang jelas dapat dilihat secara terbuka dan bukan lagi rahsia permainan politik.

Maklumlah, isteri mana tidak lupa kezaliman Mahathir memecat dengan kejam suaminya malah memenjarakan Anwar atas dakwaan liwat sehingga menggelarkan idola Mohamed Azmin itu sebagai mahafiraun dan diktator.

Malangnya isu itu cuba disorok jentera maya dan portal berita propembangkang seolah-olah tiada apa-apa berlaku sehinggalah terbongkar surat peribadi Anwar dari penjara Sungai Buloh yang mencetuskan sensasi panas berapi.

Anwar dikatakan bimbang dengan ‘leftenan-leftenan’ beliau kini lebih melaksanakan agenda Mahathir melebihi daripada agenda Anwar menerusi luahan dalam satu surat lapan muka kepada pemimpin kanan PKR baru-baru ini.

‘Khutbah’ Anwar itu khabarnya dibacakan dalam mesyuarat biro politik parti tersebut dan kemudian menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri yang berbelah bahagi antara pro-Mahathir dan Anwar.

Laman facebook AMK Pulau Pinang’ turut memuat naik ‘inti’ surat itu yang merupakan peringatan kecewa Anwar dengan penglibatan “berlebihan” sesetengah pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir tersebut.

“Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat.

“Beliau berpesan supaya pimpinan waspada dengan muslihat Mahathir-Daim.” tulis AMK negeri itu. Surat tersebut secara tidak langsung ditujukan khas kepada Mohamed Azmin yang kini merupakan penyokong kuat Mahathir.

“Kita mesti berenang bersama jerung dan tidak dimakannya..” hujah seorang pemimpin PKR yang mempertahankan tindakan Mohamed Azmin sanggup berbaik-baik dengan Mahathir sehingga mengecewakan Anwar sendiri.

Beliau memetik ayat daripada drama terkenal Hamlet karangan penulis ternama Inggeris, William Shakespeare: ‘‘beware the serpent that stings now wears the crown’ atau ‘awasi ular yang menyengat kini memakai mahkota,”

Menarik untuk diulas, petikan drama tersebut asalnya dialog yang didengar Hamlet daripada roh mendiang ayahnya yang secara keseluruhan berbunyi: “Now, Hamlet, hear. Tis given out that, sleeping in my orchard.

“A serpent stung me. So the whole ear of Denmark is by a forgèd process of my death rankly abused. But know, thou noble youth, The serpent that did sting thy father’s life now wears his crown.

Terjemahan bebasnya: “Dengarlah, Hamlet. Semua orang diberitahu bahawa ular beracun itu mematuk aku yang sedang tidur di kebun. Tapi sebenarnya, itu adalah satu pembohongan yang membodohkan rakyat Denmark. Engkau perlu tahu, anakku yang mulia, ular sebenar yang menyengat ayahmu kini memakai mahkotanya.”

Jika difahami ungkapan dialog Hamlet tersebut, jelas Anwar menunjukkan kebimbangan beliau kerana ramai orang kanannya kini lebih ‘bertuankan’ Mahathir yang pada satu ketika merupakan musuh politik utama beliau sendiri.

Deklarasi Rakyat yang merupakan agenda kumpulan Mahathir menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tanpa menamakan siapakah pengganti Najib sama ada Anwar atau individu lain pula.

Anwar pada mulanya menyatakan sokongan terhadap usaha Mahathir untuk mendesak Najib agar segera meletak jawatan namun bagaimanapun kemudian menggubah sikapnya apabila tembelang sebenar Mahathir terbongkar.

Anwar malah berkata Deklarasi Rakyat gagal menangani isu pembaharuan institusi untuk perubahan dalam kepimpinan dan masa depan negara perlu ditentukan oleh rakyatnya, bukan di tentukan oleh seorang yang Dektator seperti Mahathir.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments