Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Tabung Haji catat lebih 100,000 pendeposit baharu

May 19, 2016

bundesliga

images

Ditulis semula oleh Hafiz fst untuk tontonan umum.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,329 pendeposit baharu Tabung Haji (TH) dicatatkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, walaupun institusi itu berdepan tohmahan pelbagai pihak, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata usaha memperbaiki persepsi dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap TH telah berjaya dengan 24,984 pendeposit baharu diperoleh pada April lepas sahaja.

Beliau berkata bilangan pendaftaran haji baharu pula adalah sebanyak 40,242 orang sepanjang April 2016.

“Yang menariknya, walaupun dicelah-celah tohmahan yang dilemparkan terhadap institusi ini, TH masih mencatatkan peningkatan dalam jumlah pendepositnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu langkah mengatasi masalah pendeposit TH daripada berterusan menutup akaun dan membatalkan daftar haji.

Asyraf Wajdi berkata bagi tempoh 1 Feb hingga 31 Mac lepas, sebanyak 3,954 pendeposit telah menutup akaun TH mereka manakala 3,105 orang telah membatalkan daftar haji akibat menjadi mangsa hasutan fitnah yang dilemparkan terhadap insitusi itu.

Beliau berkata TH akan mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan polis terhadap pihak tertentu yang sengaja menyebarkan fitnah.

Katanya TH juga sentiasa memantau kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu di media massa dan media sosial dari masa ke masa.
“Sekiranya terdapat penyebaran maklumat tidak tepat, langkah memberikan penjelasan dengan fakta tepat dan sahih melalui sidang media oleh pengurusan TH dan kenyataan akhbar akan dilakukan,” katanya.

Katanya TH akan memuat naik maklumat melalui laman sesawang dan media sosial, mengambil bahagian dalam wawancara, kursus, ceramah dan bengkel sebagai platform penyebaran maklumat.

– bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments