Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Curitan Pejuang Alam Maya ProBN janji tinggal janji –

May 23, 2016

bundesliga

PicsArt_05-23-03.02.15

Oleh Kaybord Worrior .

Curitan luahan oleh seorang pejuang maya, beliau merasakan tidak ada pembelaan buat pejuangan mereka yang dekat dengan pemimpin akan terus memperkayakan diri dan poket yang miskin tetap miskin.

Admin, dalam penulisan kali ini terpaksa menuruti luahan pejuang alam maya yang terpinggir kerana sudah tidak tahan dan jelik dengan sikap tidak ambil tahu segelintir pemimpin didalam Barisan Nasional dari pejabat ADUN sampailah ke Negeri mahupun peringkat pusat. Fokus entri ini lebih kepada segelintir pemimpin yang ‘tidur’.

Apa yang admin dan sahabat-sahabat lihat, strategi pihak PR lebih satu tapak kehadapan berbanding dengan BN hari ini. Cytro PH dilihat telah menukar modal strategi mereka dari menyerang kepada menviralkan aktiviti pemimpin mereka.

Perlu para pemimpin ketahui media maya adalah salah satu sebaran yang lebih afiktif dan berkesan meresap kedalam minda rakyat. saluran ini bergerak di alam maya dan menjadi nyata bila ia turun kepada pembaca nya melalui whatsapp atau facebook dan portal blogges.

Dan keberkesanannya boleh dilihat walaupun dalam gerakan yang kecil, sekaligus akan berjaya menghasut golongan di atas pagar terutamanya penyokong pihak pembangkang mahupun kerajaan BN yang boleh mengugat serta mampu menghilangkan sokongan 40% undi dari perbagai sudut.

Walaupun pergerakan ini tidak nampak hebat dan ala kadar sahaja namun penetrasinya adalah kepada golongan “grass root” dimana mereka ini kurang mendapat informasi terkini berkenaan isu semasa.

Pendekatan mereka menyampaikan informasi sehingga ke akar umbi melalui telepon pintar hari ini amat -amat berkesan apatah lagi melalui kerja yang tidak perlu publisiti dan cara mereka sangat sederhana dan nampak berjaya menyusupi minda masyarakat .

Para pemimpin seharusnya sedar, sekalipun para pejuang maya ini berperang di alam maya, perjuangan yang sebenarnya berada di dunia nyata. Tanpa pendekatan dari pihak pejuang maya melalui telepon pintar hari ini sudah tentu Barisan Nasional akan mengalami masalah.

Oleh itu hargailah pejuang maya dekati mereka dan hulur sedikit bantuan kepada mereka untuk melansungkan perjuangan dan kehidupan.
Kepada segelintir pemimpin yang ‘tidur’, jangan lupa bahawa satu undi mampu menentukan hala tuju Malaysia.

Tidak dinafikan ada juga beberapa pemimpin yang berhempas pulas berjuang contohnya Ketua Penerangan UMNO Dato’ Ahmad Maslan pemimpin pusat serta Datuk Taufiq Sabah dan beberapa pemimpin lain yang mendekati para pejuang maya ini.

Bagaimanapun ianya juga perlu diikuti oleh pemimpin setiap kawasan Parlimen dan DUN.
Maaf jika penulisan Admin kali ini nampak kasar tetapi jika tidak luahkan pandangan, manakan sampai ‘suara’ kami kepada pihak yang sepatutnya. Kami para pejuang maya sudah lakukan tugas kami di alam maya walaupun dengan hanya menekan papan kekunci di komputer.

Bukan mahu berkokok, tetapi kali ini lebih kepada teguran demi kebaikan Barisan Nasional. Harus mula ‘bekerja’ sekarang dan bukan menunggu pilihan raya umum baru semua nak menonjolkan diri, kasihanilah para penulis di ruang maya yang tidak henti-henti menyangkal fitnah PR, berperang mempertahankan nama baik Barisan Nasional di alam maya. Jangan sampai kami penulis hilang semangat kerana jika dakyah kami di media baru berjaya tetapi tidak di alam nyata, maka usaha kami adalah usaha yang nyata sia-sia.

Kepada para pemimpin yang membuat kerja, tahniah dan teruskan perjuangan. Kami para pejuang maya sentiasa berada di belakang anda semua.

Dan kepada sesiapa terasa pedas ,kalau masih berdegil dan seperti tidak faham khusus buat segelintir yang tidak mahu bangun dari ‘tidur’, blogges cadangkan letak jawatan!. Beri kepada orang yang lebih layak, jangan jawatan nak tapi kerja tidak mahu.

Dan kalau ada yang tidak boleh menerima teguran, lebih baik undur sebelum diundurkan, ayuh rapatkan barisan teguhkan pautan bersama-sama berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bukan berniat ingin memburukkan sesiapa, tetapi inilah pandangan warga pejuang alam maya yang cintakan keamanan serta kesejahteraan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments