Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PENGHUNI GERIGI BESI SANDAKAN-MASIH ADA YANG SAYANG.

May 27, 2016

bundesliga

FB_IMG_1464350952163

Jumaat, 27 Mei 2016 | wartawan freesabahtoday

SANDAKAN – Kepimpinan yang tidak mengira bangsa dan keturunan serta darjat rakyat, hanya wujud dalam Barisan Nasional. Hari ini Wakil Rakyat Barisan Nasional kawasan N.43 Sekong,YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin Yahya telah menyumbangkang mesin jahit kepada Jabatan Penjara Sandakan.

Sebanyak tiga (3) buah mesin jahit industri bagi kegunaan Bengkel Jahitan Penjara Wanita Sandakan telah disumbangkan kepada Pengarah Jabatan Penjara Sandakan hari ini.

Dalam lawatan singkat YB Datuk, atas jemputan Jabatan Penjara Sandakan ketika berlangsung program rakaman RTM Sandakan bertajuk “masih ada yang sayang ” pada 26 Mei 2016 kelmarin, beliau berkesempatan melihat sendiri kemahiran penghuni wanita penjara menjahit pakaian mereka sendiri.

YB Datuk berkata, ketika memberi ucapan beliau menegaskan kemahiran harus diberi kepada warga penjara ini, bahkan beliau juga menasihati kepada warga penjara hargailah Kemahiran yang telah di pelajari ketika berada disini.

Ujar beliau lagi, kewajipan beliau sebagai wakil rakyat bukan hanya terletak kepada masyarakat yang berada diluar sana, akan tetapi masyarakat di dalam penjara ini juga wajar dibantu dan diberi peluang kemahiran dalam pelbagai aspek, bila sampai masanya tuan-tuan dan puan-puan keluar dari tempat ini, kemahiran kamu menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan yang sejahtera pada masa akan datang.

Ternyata usaha murni yang dilakukan di antara Jabatan Penjara Sandakan secara khususnya akan diteruskan sampai bila-bila masa selagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tunjang kerajaan. Kemahiran dan ajaran oleh tenaga pengajar Jabatan Penjara akan diteruskan bagi memberi ruang dan peluang kepada bekas penghuni mendapat tempat yang sebaiknya disisi keluarga dan dalam pembangunan sosial yang mampan dan sejahtera bersesuaian dengan program hari ini “MASIH ADA YANG SAYANG”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments