Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PENGAJARAN DARI TURKI : DI MALAYSIA PUN ADA PEGAWAI BOLEH DIBELI UNTUK MENJUAL RAHSIA KEPADA AS DAN MEDIA SEPERTI WSJ.

July 28, 2016

bundesliga

photo_2016-07-28_09-32-57

Oleh Hafiz fst.

Banyak pengajaran yang boleh diambil berikutan isu rampasan kuasa di Turki baru-baru ini, kerajaan yakin wujud bukan sedikit malah ramai lagi watak ‘Si Kitol’ yang telah membuka pintu kepada pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Menurut Hurriyet Daily News, sejumlah 13,165 orang telah ditahan dalam pautan cubaan rampasan kuasa dihalang di Turki yang mengatakan bahawa 8,838 daripada yang ditahan ialah askar, 2,101 ialah hakim dan pendakwa, 1,485 ialah pegawai polis, 52 ialah pihak berkuasa tempatan dan 689 ialah orang awam, seperti yang dilaporkan setiap hari dan beliau menambah bahawa 934 buah sekolah, 109 buah bilik asrama, 15 buah universiti, 104 buah yayasan, 35 buah institusi kesihatan, 1,125 buah persatuan dan 19 kesatuan telah ditutup kerana mereka kepunyaan apa dia disifatkan sebagai “Fethullahist Terrorist Organization.”

3. Fakta angka ini jelas menunjukkan bahawa keadaan politik Malaysia juga tidak boleh lari dari realiti ini seperti Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat pihak tertentu yang cuba mereka-reka cerita kononnya UMNO dalam keadaan tertekan, panik dan berpecah adalah satu percubaan mind game untuk memperlihatkan ahli dan kepimpinan UMNO dalam keadaan buntu atau tenggelam punca namun gambaran tersebut langsung tidak benar dan insyaAllah situasi seperti itu tidak akan berlaku di dalam UMNO kerana boleh dikatakan semua pemimpin dan ahli UMNO memahami apa dan siapa di belakang tabir dalam isu yang cuba dikaitkan dengan UMNO dan kepimpinannya baik di dalam mahupun di luar negara.

4. Sejak tahun lepas terdapat sejumlah dokumen kerajaan bocor ke tangan pihak asing termasuk media mereka seperti WSJ. Antaranya dokumen yang kononnya hasil siasatan pasukan petugas khas berkenaan dana RM2.6 bilion (sedang laporan belum dimuktamadkan) dan butiran laporan awal audit Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB (sedangkan audit masih lagi berlangsung). Sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat ke atas dalang yang menjual maklumat sulit kerajaan.

5. Maka tidak mengejutkan apabila Pemuda UMNO Malaysia menerusi Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun membuat laporan ke atas tiga individu berpengaruh di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur yang mendakwa mereka terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan dengan membocorkan dokumen sulit kerajaan.

6. Perbuatan membocorkan dokumen sulit kerajaan merupakan satu tindakan pecah amanah. Lebih buruk lagi jika mereka membocorkan dokumen sulit ini kerana diberi imbuhan wang ringgit dan kepentingan-kepentingan lain kerana mereka terbukti bukan sahaja tidak amanah dan setia, tetapi juga tidak berintergriti dan mengamalkan rasuah.

7. Tindakan perlu diambil terhadap pegawai kerajaan yang tidak amanah dan korup ini. Mungkin kerajaan juga perlu melakukan pembersihan seperti yang dilakukan oleh Erdogan ke atas 13,165 kakitangan kerajaan termasuk anggota penguatkuasa dan tentera Turki.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments