Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

DSP Yahya cabar kenyataan Shafie.

August 5, 2016

bundesliga

Screenshot_20160805-210209

Oleh Awg Azim ..

KENINGAU: Setiausaha Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin pada Rabu mencabar kenyataan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengenai sumbangannya kepada parti itu, dengan mengatakan ia tidak benar.

“Jika rakan kami dari Semporna (Shafie) mendakwa beliau adalah antara pejuang Umno terawal, beliau silap. Beliau masih lagi bekerja (dalam perkhidmatan awam) ketika kami menyertai parti.
“Jika beliau kata beliau adalah orang yang memulakannya, ia juga tidak benar, kerana beliau hanya memasuki dunia politik apabila Umno Sabah menjadi kerajaan,” katanya.

Yahya juga menafikan Shafie adalah ketua Pemuda Umno Sabah yang pertama, dengan mengatakan, orang yang sebenarnya adalah Datuk Railey Jeffrey.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran projek penanaman cendawan shiitake Korporasi Pembangunan Desa di Lebuhraya Km54 Kimanis-Keningau.

Turut hadir adalah Adun Liawan, Datuk Sairin Karno.

Yahya berkata demikian bagi memperbetulkan dakwaan Shafie yang menyenaraikan sumbangannya kepada Umno dan Sabah, sambil mengatakan parti itu menggantungnya pada 24 Jun lalu walaupun beliau telah berjuang dan banyak menyumbang kepada parti.

Shafie kemudian mengumumkan keluar dari parti tersebut dalam satu perhimpunan besar-besaran yang diadakan di daerah mengundinya, Semporna.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan apakah sumbangan Shafie kepada Sabah apabila beliau mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang menerima peruntukan sehingga berbilion Ringgit.

Katanya, sebagai contoh, kabel elektrik bawah laut sepanjang 4km bagi membekalkan kuasa kepada penduduk di Pulau Gaya, yang dikatakan membabitkan kos kira-kira RM42 juta.

Dalam hubungan ini, Yahya berkata, sebagai ketua bahagian Umno di sana, beliau tidak tahu bahawa projek tersebut pernah diumumkan dan apabila penduduk tempatan bertanyakannya bilakah mereka akan menikmati bekalan elektrik, “saya tidak ada pilihan tetapi terpaksa menjawab, saya tidak pasti.”

Beliau mencadangkan Shafie hanya menggunakan peruntukan untuk mereka yang beliau sukai.
“Beginikah pemimpin Sabah?,”soalnya.

Menurut Yahya, Shafie juga tidak menghormati ketua perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Musa Aman kerana beliau tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Umno Sabah yang dipengerusikan oleh Musa, sambil menambah, Shafie juga tidak pernah berbincang dengan Musa mengenai sama ada beliau boleh membantu negeri menerusi peruntukan kementeriannya.

Dalam hubungan ini, Yahya menggesa orang awam supaya tidak mudah terpengaruh dengan cerita dan dakwaan yang dibuat menerusi media sosial, dengan mengatakan “jika penipuan dikatakan berkali-kali, sebahagian orang akan percaya yang ia benar.”

Oleh sebab itu, katanya, kerajaanlah yang perlu memperbetulkan perkara tersebut.

Sairin terdahulu berkata walaupun Shafie adalah rakannya, apabila bercakap tentang politik kesetiaannya (Sairin) masih lagi dengan parti, dan pemimpin-pemimpin iaitu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menafikan bahawa satu rusuhan besar-besaran akan berlaku di Kemabong, Tenom anjuran pembangkang, dengan mengatakan ia sebenarnya sebuah pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh penyokong-penyokong dalam pembangkang.

Sairin juga berkata Shafie sepatutnya bertenang dan terus bersama Umno, dengan mengatakan beliau hanya digantung dan bukannya dibuang.

Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Akar Umno (GAUM) berkata bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sepatutnya malu untuk menjejakkan kaki di kawasan pedalaman untuk jerayawaranya di Sabah khususnya di Tenom yang masih terdapat beberapa jalan kampung yang tidak dibaiki.

Pengerusinya Zulkarnain Mahdar berkata Shafie tidak menggunakan sepenuhnya kuasanya untuk menambah baik kemudahan awam di Tenom apabila beliau memegang jawatan dalam Kabinet Persekutuan sejak 2009 sehinggalah Julai tahun lalu.

“Saya ingin bertanyakan Shafie… ketika beliau adalah Menteri, berapa banyak kali beliau bertemu secara langsung dengan pegawai daerah Tenom atau pegawai pembangunannya bagi membincangkan dan mengenal pasti jalan-jalan kampung yang memerlukan pembaikan segera dan juga kampung-kampung yang memerlukan bekalan air bersih dan elektrik?

“Saya dapat jamin beliau tidak mengatur pertemuan langsung dengan pegawai-pegawai berkaitan, tetapi dana kementerian tidak diselaraskan secara terus kepada semua pejabat daerah di Sabah sehingga ia menyebabkan banyak jalan raya yang menghubungkan kampung-kampung di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak dibaiki dan masih dalam keadaan daif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Zulkarnain yang juga Presiden Pakatan NGO Pro BN berkata kementerian itu yang dulunya pernah dipegang oleh Shafie telah menerima peruntukan persekutuan bernilai hampir RM4 bilion setahun tetapi jalan-jalan kampung dan bekalan air serta elektrik tidak disediakan sepenuhnya di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah.
“Pada 2004, kementerian itu menerima jumlah peruntukan tahunan sebanyak RM4.2 bilion sementara itu pada 2015, sejumlah RM4.5 bilion disalurkan kepada kementerian tersebut.

“Sekiranyalah Shafie memperuntukkan 30 peratus peruntukan tahunan kepada Sabah, saya optimis hampir semua jalan di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri ini boleh dibaiki dan dinikmati oleh semua orang.

“Sebaliknya, Shafie tidak bertindak adil kepada penduduk Sabah sedangkan beliau sendiri berasal dari Sabah,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments