Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Ucapan Perasmian Serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Batu Sapi- Reezal Marican

August 7, 2016

bundesliga

Oleh Media Umno Batu Sapi.

Ucap tama dimulakan oleh YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, selepas ucapan ketiga – tiga sayap bahagian, beliau telah menyuntik semangat perjuangan kepada ketiga – tiga perwakilan sayap bahagian tersebut, antara yang di sampaikan beliau ialah sebagai ahli parti kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada parti umno yang dipimpin oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden, dan kerana umno lah kita juga hari ini dapat menikmati pembangunan dan keamanan selama ini selepas kemerdekan Malaysia.

Kekuatan parti adalah punca Negara Malaysia ini dapat di perintah dengan baik walaupun ada sedikit mantan pemimpin yang tidak berpuas hati hingga menyebabkan mereka terpaksa dipecat dari parti kerana ketamakan dan ketidak ikhlasan mereka berjuang dan ingin menjatuhkan pemimpin parti dan negara. Katanya

Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Abdal, yang selama ini menyalurkan peruntukan kepada ketua-ketua cawangan dan beberapa pemimpin umno bahagian adalah kerana hasil dari parti yang memerintah bukannya dari saku atau peruntukan individu nya. Ini adalah kerana beliau dilantik sebagai Menteri atas dasar jawatan beliau sebagai Naib Presiden Parti Umno dan ahli Parlimen Umno Semporna. Kalau hari ini Shafie sudah berada di luar dan tidak sebagai Menteri KKLW, saya tanya sidang perwakilan boleh kah dia bagi projek…..? ..Sudah pasti tidak bukan…para perwakilan bersorak menyokong kata – kata YB Datuk Sam.

Ujar beliau lagi, pengistiharan keluar dari umno oleh mantan Naib Ketua Umno Bahagian batu sapi, Pg Roslan Pg Nasrun baru-baru ini, ianya langsung tidak mengugat keistabilan dan kekuatan umno batu sapi. Perpaduan yang kukuh seperti hari ini lah yang menentukan parti umno akan terus menjadi tunjang pemerintahan hari ini dan pada masa akan datang.

UCAPAN PERASMIAN

YB Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican,Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap, Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, memulakan dengan kata – kata semangat slogan HIDUP UMNO sebanyak tiga kali dengan di ikuti surakan dan laungan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita berhimpun pada hari ini di Dewan Masyarakat Sandakan bagi melaksanakan hasrat dan tanggung jawab kita sebagai ahli umno ketiga-tiga Sayap pergerakan Batu Sapi, syabas dan tahniah buat sidang perwakilan.

Dalam ucapannya, Datuk Reezal telah merakamkan tahniah dan terima kasih beliau khusus buat YB Datuk Haji Samsudin Yahya,Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi diatas kesudian beliau menjemput nya untuk merasmikan ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini.

Tambah nya lagi, Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang Parti keramat ini, dan Jatuh bangun, gagal dan berjaya nya parti bergantung kepada semua ahli terutama saudara dan saudari yang di kasihi. Ujarnya

Bersama semangat dan azam, Wanita, Pemuda serta Puteri kita mesti berusaha dengan penuh iltizam untuk menjadi satu pasukan yang terus menyalakan obor perjuangan. Yakinlah bahawa, kita sedang mengibarkan panji-panji kebenaran. Yakinlah bahawa, kita sedang bergerak di landasan yang mulia untuk menegakan agama islam dan Negara.

Dengan lafaz Bismillah hirahmannirrahim, YB Datuk Seri Reezal Marican telah menyèmpurnakan perasmian mesyuarat perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Batu Sapi dengan jayanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments