18 Ogos 2016
Dari Media BN.
SANDAKAN – YB Datuk Linda Tsen Thau Lin,Ahli Parlimen BN Batu Sapi telah merasmikan Dewan Iltizam SMK Elopura II Sandakan bersempena sambutan hari kemerdekaan ke 59 Tahun.
Ujar beliau kepada semua yang hadir, selagi beliau bergelar Wakil Rakyat di Parlimen batu sapi, selagi itu beliau akan menyumbang tenaga, dan peruntukan-peruntukan kerajaan yang di salur melalui Parlimen batu sapi akan beliau menafaatkan untuk kebaikkan rakyat jelata, seperti terbinanya Dewan Teduhan Iltizam SMK Elopura II ini.
Sebagai generasi muda pada hari ini, beliau percaya bahawa murid-murid masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. “Zaman ini”, erti kemerdekaan bukan lah sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikalnya, akan tetapi ianya juga harus di hindari dari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif dan amalan-amalan yang merosakkan negara kita seperti yang berleluasa dalam media sosial hari ini.
Tamba beliau, setiap diri kita, tidak kira kecil atau dewasa masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab, sebagai seorang warganegara Malaysia. Dan sebagai seorang murid sekolah yang diberi kemudahan yang lengkap untuk pembelajaran, kamu hendaklah bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita, secara tidak langsung kamu juga adalah menpenyumbang kepada pembangunan Negara pada masa hadapan.
Harapan YB Datuk kepada semua murid-murid agar sentiasa mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik dan menghormati pemberian dan bantuan Kerajaan hari ini, yang lebih penting sentiasa berakhlak mulia, berdisiplin serta menghormati antara satu dengan yang lain.