Oleh Anonymous fst.
Hari ini saya terbaca satu artikel diruangan Akhbar tempatan dimana Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan memberi kenyataan bahawa tindakan telah diambil terhadap Guru Besar yang menjadi Admin kumpulan Whatsapp Video Lucah.
Wajar kah seorang berpendidikan dan bergelar pendidik kepada murid -murid sekolah rendah ini, menjadi Penganjur video lucah hanya diambil tindakan pindah sekolah ketempat lain..?
“Guru besar itu mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu tetapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil,”Kata Menteri.
Fakta sebenar guru besar ini adalah individu yang mengwujudkan kumpulan WhatsApp video lucah seperti yang menjadi viral beberapa bulan lalu. Dan keberanian guru berkenaan hingga sanggup meletakkan wajah nya sendiri di muka depan kumpulan itu, sesiapa sahaja yang mempertikaikan isi kandungan dalam kumpulan tersebut, maka guru ini akan memberi amaran jangan ada ahli-ahli menjadi alim ulamak katanya.
Ketika menyertai kumpulan itu anonymous sempat mengscreenshut semua isi kandungan serta semua ahli kumpulan berkenaan sebagai bukti kerja gila guru besar ini. Tindakan Menteri terhadap guru besar ini adalah wajar dan harus dijadikan contoh oleh sebilangan besar guru-guru dan juga masyarakat Malaysia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan atas tindakan yang telah diambil terhadap guru berkenaan.