Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Mana Hilangnya Pengundi Melayu….?

October 25, 2016

bundesliga

 

 

TIADA guna rakyat terutama orang Melayu mengulas pelbagai perkara tentang politik negara tetapi kesudahannya tidak keluar mengundi.

Mengundi adalah hak semua individu yang mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang sah selain memberi peluang sama rata kepada rakyat untuk turut serta mencorakkan bentuk pemerintahan negara dalam tempoh empat tahun.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 5 Januari 2016 menunjukkan daripada kira-kira 17.7 juta rakyat yang layak mendaftar sebagai pemilih, masih terdapat hampir 4.2 juta yang belum berdaftar.

Apa yang lebih menyedihkan, 1.8 juta orang atau 43 peratus daripada jumlah itu adalah orang Melayu, 7 peratus (298,910 orang) Bumiputera Sabah manakala 9 peratus (302,391 orang) daripada Bumiputera Sarawak.

Jika angka ini kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, ini bermakna lebih 2.4 juta orang Melayu dan Bumiputera yang tidak akan keluar mengundi.

Jumlah tersebut menunjukkan bukan sahaja anak muda Melayu, malah ramai lagi yang mengganggap perkara mendaftar untuk mengundi sebagai satu tanggungjawab penting sebagai rakyat Malaysia.

Apa sudah jadi? Walaupun hanya dengan satu undi, ia membawa kesan yang besar terhadap hasil undian secara keseluruhan. Mungkin dengan satu undi itulah, keputusan pengundian di sesuatu kawasan ditentukan.

Kini, segelintir pemimpin Melayu berbangga dengan kuasa yang ada sekarang tetapi lupa untuk mempromosi dan menjalankan kempen menambah pengundi.

Sedangkan DAP sedang giat malah tidak duduk diam mencari pengundi baharu untuk ditempatkan di kawasan tertentu bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Sebab apa ini berlaku? Ia disebabkan DAP sedar kuasa undi itu adalah yangg paling penting walaupun kemenangan diperolehi hanya dengan satu undi. Hanya dengan satu undi kerajaan memerintah boleh ditentukan.

Kita lihat sahaja di negeri Selangor, 70 peratus pengundi baharu yang didaftarkan di negeri itu adalah pengundi Cina.

Begitu juga di Pulau Pinang sewaktu DAP menang di negeri itu pada pilihan raya umum lalu, orang Cina di negeri-negeri lain membantu dan menukarkan alamat mereka supaya dapat mengundi di Pulau Pinang.

Matlamatnya hanya satu iaitu mahu ‘parti mereka’ memerintah di negeri itu dan akhirnya hasrat yang selama ini diidamkan tercapai.

Adakah orang Melayu tidak menyedari kepentingan mengundi? Kenapa hanya orang Cina yang begitu bersungguh-sungguh mendaftarkan diri sebagai pengundi?

Orang Melayu hanya dilihat hebat dan gah mengkritik kepimpinan kerajaan, menyatakan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Tetapi bila tiba hari pilihan raya, orang Melayu juga yang tidak turun mengundi.

Orang Melayu hanya sibuk menghadiri atau menyemarakkan majlis, perhimpunan atau demonstrasi tetapi malas hendak mendaftar sebagai pengundi.

Siapa akhirnya yang akan rugi? Mengapa ramai orang Melayu masih belum mendaftar sebagai pengundi? Adakah ia berlaku kerana mengundi dianggap remeh oleh orang Melayu?

Orang Melayu sepatutnya malu dengan orang Cina. Jika dalam isu remeh seperti mendaftar mengundi sudah awal-awal dijuarai kaum lain, ‎tentu jauh sekali jika hendak mengejar dalam bidang lain seperti ekonomi. Tidak keterlaluan jika diibarat baru melangkah setapak dua, sudah tersungkur.

PRU ke-14 akan datang pastinya lebih mencabar. Pada ketika DAP giat mendaftarkan seramai mungkin masyarakat Cina untuk menjadi pengundi baharu, orang Melayu masih sibuk berbalah dan menubuhkan parti baharu.

Cukup sedih melihat sikap orang Melayu yang malas mendaftar pengundi ini, sudahlah kini berpecah-belah, langsung tiada usaha melihat penyatuan semula kaum sendiri di bumi tercinta.

Siapa yang akan rugi? Bukankah orang Melayu sendiri?

Pada saat itu, semuanya sudah terlambat dan orang Melayu hanya melihat penyesalan tanpa dapat berkata apa-apa. Tiada guna lagi mahu mengimbas waktu pada masa nasi sudah menjadi bubur.

Khairul Amir
Penganalisis Politik Bebas


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments