Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Kekebalan Anggota Parlimen Bukan Untuk Disalah Guna

November 1, 2016

bundesliga

Oleh Dato Dean petikan dari tv14.

Anggota Parlimen perlu bertanggungjawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan dan tidak sesekali menyalahgunakan kekebalan ketika dalam sidang Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kekebalan Anggota Parlimen tertakluk kepada Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, berhubung keistimewaan Parlimen.

“Di bawah peruntukan tersebut secara jelas menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dipersoalkan semasa dalam sidang Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

“Justeru, Ahli Parlimen tidak boleh bercakap atau bertindak sesuka hati sehingga mencemar nama baik dan prestij Dewan yang mulia ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan Perkara 63(4), yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah atas apa yang diucapkan semasa prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat, adalah tertakluk kepada empat perkara.

Empat perkara itu ialah berhubung Perkara 153 iaitu hak istimewa orang Melayu; Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Perkara 181 tentang Raja-Raja Melayu dan perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

Azalina berkata setiap anggota Parlimen seharusnya menggunakan institusi itu untuk membahaskan perkara-perkara memberi manfaat kepada rakyat termasuk isu-isu di kawasan mereka.

Apa yang lebih mengecewakan, kata Azalina ialah apabila ada Anggota Parlimen sengaja memperlekehkan dan tidak menghormati kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sekali gus boleh disifatkan menghina Majlis.

Azalina, yang juga Anggota Parlimen Pengerang, turut mengingatkan Anggota Parlimen yang pernah berada dalam Kabinet bahawa mereka masih perlu berpegang kepada konsep integriti yang mereka buat sewaktu menandatangani Aku Janji di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Katanya pembangkang tidak perlu melatah apabila polis mahu menyiasat mana-mana Anggota Parlimen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau mana-mana akta lain.

“Tindakan pihak berkuasa itu dibuat berdasarkan laporan polis yang diterima oleh beberapa pelapor”.

“Sama ada pihak yang dipanggil itu telah melakukan kesalahan atau tidak tertakluk kepada penyiasatan pihak berkuasa. Adalah pramatang untuk mana-mana pihak untuk membuat kesimpulan terhadap perkara tersebut,” katanya kepada pemberita.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments