Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Sektor Pelancongan Pulau Pinang Terus Cemerlang – Ahmad Zahid

December 18, 2016

bundesliga

Publish semula Hariz Hariz.

GEORGE TOWN, 18 Dis (Bernama) — Pulau Pinang terus cemerlang sebagai satu daripada negeri terkemuka di negara ini dari segi pelancongan dan industri itu juga telah menyumbang 40 peratus daripada ekonomi negeri secara keseluruhan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata THE TOP@Komtar, tarikan terbaru di negeri ini, boleh menjadi platform untuk mempromosikan Pulau Pinang di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

“Pulau Pinang telah lama menjadi destinasi pilihan di kalangan pelancong, baik tempatan mahupun antarabangsa.

“Malahan pulau ini telah mencipta nama merentasi dunia, dan baru-baru ini, ia disenaraikan antara 10 destinasi terbaik di dunia untuk menikmati persaraan oleh majalah pelancongan terkenal Conde Nast Traveller,” kata beliau dalam ucapannya sempena pembukaan rasmi THE TOP@Komtar di sini hari Ahad.

Teks ucapan Ahmad Zahid dibacakan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ahmad Zahid berkata dengan pembukaan THE TOP yang turut menyediakan jambatan kaca Rainbow Skywalk, ia menjadi batu loncatan untuk Pulau Pinang membantu negara mencapai matlamat negara menjadi negara berpendapatan tinggi dalam landskap antarabangsa.

“Struktur tertinggi ini bukan sahaja sebagai ikon tetapi juga memperingati visi mendiang Tun Dr Lim Chong Eu untuk Pulau Pinang. Apabila Tun Dr Lim dilanik sebagai Ketua Menteri, beliau sedar tentang perlunya bagi pembangunan bandar dan pemuliharaan warisan dan dengan itu, Komtar dibina,” katanya.

Ahmad Zahid turut memuji Only World Group kerana mengambil langkah berani kerana memberi wajah baharu kepada Komtar.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Tourism Malaysia, pada tahun 2015 sahaja, negeri ini mencatatkan ketibaan sejumlah 6.3 juta pelancong domestik dan antarabangsa.

THE TOP@Komtar ialah sebahagian daripada bangunan ikonik dan bersejarah yang menjadi ikon bagi Pulau Pinang selama beberapa dekad dan dibina semasa era bekas Ketua menteri, Tun Dr Lim Chong Eu pada tahun 1970-an.

The Top dijangka menjadi tarikan terbaharu di negeri ini. Ia termasuk jambatan kaca Rainbow Skywalk di tingkat 68, menara tinjau, pusat penyelidikan jurasik dan kubah teknologi Pulau Pinang.

Sementara itu Mohamed Nazri berkata kerajaan persekutuan sentiasa komited dalam membantu kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan kereta kabel ke Bukit Bendera yang menjadi mercu destinasi di negeri ini.

Beliau berkata ia berikutan penggunaan kereta kabel itu mencatatkan peningkatan ekoran bilangan pengunjung ke Bukit Bendera terus meningkat daripada hanya 200,000 pengunjung pada 2008 kepada 1.6 juta pengunjung masa kini.

“Sebab itu dalam peruntukan kementerian saya, sememangnya tiap-tiap tahun saya memasukkan peruntukan bagi kereta kabel. Bukit Bendera memang memerlukan kereta kabel kerana ia merupakan lokasi terkenal dan bilangan pengunjung semakin meningkat,” katanya.

— BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments