Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

SAMBUTAN MAULIDUR RASSUL S.A.W., PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 1438H/2016M, DI MASJID DAERAH SANDAKAN.

January 2, 2017

bundesliga

Oleh Hafiz Hariz.

02 Jan 2017.

SANDAKAN – YAB Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah telah mengetuai rombongan perarakan sambutan Maulidur Rassul ,yang bermula dari padang bandaran Sandakan menuju ke Masjid Daerah Sandakan di jalan Buli Sim-sim.

Beliau dalam ucapannya terlebih dahulu, merakamkan kesyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, sekali lagi ummat muslimen dan muslimat  dapat berhimpun untuk bersama-sama mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan bagi Tahun 1438Hijrah bersamaan 2017Masihi ini.

Kata beliau, Sesungguhnya, perhimpunan ini bukan sahaja memberi ruang kepada kita untuk memperingati dan meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah majlis ini juga merupakan wadah untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan umat Islam yang perlu terus  disemarakkan.

“Kita sentiasa mengigati hari keputraan  Rasulullah SAW ,keperibadian beliau yang mulia akan sentiasa menjadi tauladan dan ikutan kita ummat islam, alhamdulilah perarakan hari ini dapat dilangsungkan dengan begitu harmoni di iringi dengan cuaca yang baik. Ianya juga jelas perpaduan kita begitu terjalin baik walaupun terdiri dari berbagai suku kaum serta berlatar belakangkan yang berbeza, namun tetap bersatu dalam perjuangan islam demi menjayakan agenda pembangunan dan transformasi  untuk kesejahteraan Ummah pada keseluruhannya”.Ujar beliau semasa menyampaikan ucapan.

Apabila kita menyelusuri perjuangan Nabi Mohamaad SAW, dapat kita simpulkan bahawa antara faktor penting antara kejayaan banginda ialah kukuhnya Ukhuwah dan mantapnya kesatuan ummat islam pada ketika itu. Ternyata banginda telah berjaya memimpin mentadbir negara islam Mahdina berlandaskan perpaduan dan kesatuan Ummah  sebagai tungga dan kejayaan .

Ujar nya lagi, ” Allah SWT Berfirman dalam Al Quran surah ‘An Biah ‘ ayat 107 yang bermaksud “Dan tidaklah kami mengutus mu wahai Mohamad melainkan segala rahmat kepada seluruh alam’. Bagi menjayakan perjuangan ummah dan mencontohi keperibadian banginda dan rassul amat penting untuk ummat islam mengukuhkan ikatan ukhuwah islamai dan menjadi tunggak kejayaan dan kekuatan ummah seperti mana  zaman kegemilangan islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan para sahabat serta kulafah Al Masidil. 

Tema sambutan kali amatlah bersesuaian iaitu  ” Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” perlulah di hayati dan diterjemahkan oleh ummat islam kerana tanpa ukhuwah dan kesatuan mantap ummat islam tidak akan mencapai kejayaan dan kegemilangan.

Di majlis sambutan Maulidur Rassul SAW kali ini dua tokoh Maulidur Rassul akan di nobatkan sebagai tokoh contoh iaitu Tuan Haji Abdul Wahab Bin Haji Alpa dan Hjh Jamayah Binti Haji Sapawi diatas jasa dan pengorbanan mereka dalam menyamarahkan agama islam di peringkat daerah Sandakan tahun 1438 Hijrah.

Di Akhir ucapannya, beliau berpesan  ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’  saya berharap agar sambutan Maulidur Rasul ini akan mencetuskan transformasi dan iltizam baru kepada kita untuk terus menghayati dan mencontohi keperibadian mulia Baginda SAW dan menterjemahkannya sebagai panduan utama untuk memartabatkan kejayaan umat Islam sebagai ummat yang cemerlang di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments