Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KPDNKK Rampas iPhone Dan iPad Apple Tiruan Bernilai Lebih RM350,000

January 11, 2017

bundesliga

Oleh Hariz.

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas telefon pintar iPhone dan tablet iPad jenama Apple bernilai lebih RM350,000 dalam satu operasi khas di Klang, Selangor hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata rampasan 140 unit telefon pintar iPhone dan 86 unit iPad itu merupakan barangan tiruan yang akan dipasarkan secara dalam talian untuk pasaran antarabangsa seperti di Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK)

“Serbuan melibatkan lima pegawai penguatkuasa KPDNKK dan dua wakil pemilik cap dagang Apple ke atas premis itu dibuat selepas pihaknya membuat risikan selama tiga bulan setelah menerima aduan daripada pemilik cap dagang.

Ketika serbuan, 20 orang pekerja berada di dalam premis berkenaan. Pihak kami telah mengambil keterangan kesemua individu tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu, atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak KPDNKK akan terus kerjasama pintar dengan pemilik cap dagang dan lain-lain agensi dalam usaha melindungi hak pengguna dan juga industri.” katanya.

— BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments