Publish Editor Fst.
Januari 20, 2017
BAGAN DATUK – Kerajaan sanggup mengetepikan Hutang Tidak Berbayar (NPL) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) demi memastikan rakyat dapat menikmati peluang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika dilihat daripada sudut komersil, PTPTN bukanlah insitusi kewangan yang berdaya maju disebabkan NPL yang tinggi.
“Sebagai bekas eksekutif bank dan pengerusi bank, (saya lihat) memang PTPTN tidak berdaya maju daripada sudut komersil kerana NPL yang cukup tinggi, lebih tinggi daripada yang membayar.
“(Tetapi) kerajaan sanggup lupakan NPL demi kebertanggungjawaban untuk lihat rakyat ada peluang pendidikan. Komitmen kerajaan melebihi nilai komersil, melebihi nilai perbankan yang ditetapkan piawaian institusi kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Tabung bersama Tabung Pendidikan bersempena program Pemukiman Menteri Besar Perak.( Sumber – Bernama )