Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

RM400,000 baik pulih sekolah dilanda banjir di Sabah – AHAD

January 29, 2017

bundesliga

Oleh Dean.

SANDAKAN – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata anggaran itu diperoleh hasil penilaian Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) terhadap kerosakan dialami 48 sekolah di Beluran, Kota Marudu dan Pitas. Katanya, banjir baru-baru ini mengakibatkan 15 sekolah di Pitas, 19 di Kota Marudu dan 14 di Beluran terjejas yang memerlukan pembaikan, termasuk penyediaan kerusi dan meja.

“JPNS membuat permohonan segera kepada Kementerian Pendidikan sebaik selesai membuat penilaian terhadap kerosakan dialami 48 sekolah terbabit,” katanya dalam sidang media selepas mendapat maklumat terbaru berhubung keadaan semua sekolah terbabit daripada JPNS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul. Mahdzir berkata, empat sekolah di Beluran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Binsulung, SK Sualok, SK Tampat dan SK Pantai Boring masih dilanda banjir. “Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) giat membuat pemantauan sehingga 1 Februari ini sama ada ia boleh dibuka atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, empat sekolah terbabit mempunyai 630 pelajar dan 53 guru. Mengenai asrama SK Pekan Tongod yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini, beliau berkata, laporan sudah diterima daripada JPNS. “Kementerian akan menyegerakan pembinaan semula asrama berkenaan yang dihuni 63 murid,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments