Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Kempen Belum Rancak Di Tanjong Datu,Pembangkang Suram.

February 8, 2017

bundesliga

 

Oleh Dean fst.

LUNDU– Menurut sumbar berita, BN mula rancakan berkempen Pilihan Raya kecil di (DUN) kerusi Tanjong Datu, manakala pembangkang masih tidak terasa kerancakan kempen sudah masuk hari kelima tempoh berkempen.

Tinjauan dilakukan mendapati setakat ini kelihatan hanya poster, kain rentang, bendera Barisan Nasional dan papan iklan BN serta calonnya Datuk Amar Jamilah Anu yang dipasang di beberapa lokasi strategik.

Apa yang menarik perhatian pemerhati, ialah pada papan iklan yang terpampang wajah Bekas Ketua Menteri Sarawak Allayarham Tan Sri Adenan Satem bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari yang membuktikan aura Adenan masih ada di Tanjong Datu walaupun telah meninggalkan rakyat Tanjung Datu.

Ayat yang terpampang di papan iklan dan kain rentang berkenaan mengandungi ayat aura  “Undilah Barisan Nasional Untuk Meneruskan Perancangan Tok Nan”.

Amat jelas perasaan sedih rakyat di sini atas pemergian Tok Nan pada 11 Januari lalu dan ini menjadi antara faktor yang akan membuat pengundi di Tanjong Datu untuk mengundi calon BN.

Semalam Presiden Parti Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian dan Azizul Annuar Adenan yang mewakili ibunya mengadakan tinjauan mesra di pasar Lundu untuk menemui pengundi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu pihaknya telah meluluskan lima permit ceramah kempen untuk calon BN, dan setakat ini PDRM masih belum ada menerima permohonan daripada calon Parti Reformasi Sarawak (Star) Raphaelson Richard Hamit dan calon Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baharu untuk permit ceramah. 

Dan ketikadighubungi, Calon  Raphaelson beliau berkata mereka masih belum memulakan kempen tetapi jentera mereka sudah mula kempen dan berada di kawasan.

Katanya lagi,  beliau tidak akan menyertai perang poster, sebaliknya menggunakan pendekatan berkempen dari rumah ke rumah untuk menemui pengundi. “Dengan cara itu saya dapat menyampaikan mesej dengan lebih efektif kepada pengundi”.

Raphaelson menambah, golongan sasar beliau ialah Bumiputera dan akan menyuarakan isu hak tanah Bumiputera (NCR). 

Calon Star Johnny pula turut mengakui belum lagi memulakan kempennya dan lebih kepada mengunjungi pengundi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments