Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Malaysia pertimbang usir Duta Korea Utara.

February 24, 2017

bundesliga

 

24 FEB: Malaysia mempertimbang mengusir duta Korea Utara ke negara ini atau menutup kedutaannya di Pyongyang, ketika ketegangan meningkat berhubung pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un, menurut seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters.

Kim Jong-un, 46, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau di mana beliau tinggal bersama keluarganya di bawah perlindungan Beijing.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, berkata minggu lalu negaranya “tidak boleh mempercayai” cara Malaysia menguruskan siasatan itu serta menuduh Malaysia “bersekongkol dengan kuasa luar”, rujukan kepada musuhnya, Korea Selatan.

Seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang tahu mengenai isu itu berkata, ulasan Kang Chol menaikkan kemarahan Malaysia dan ia menyediakan tindak balas termasuk mengisytiharkan duta terbabit sebagai ‘persona non grata.’

Tindakan itu mungkin tindak balas paling keras Malaysia terhadap seorang diplomat asing dan bermakna Kang Chol terpaksa meninggalkan negara ini.

Sumber itu berkata, Malaysia juga mempertimbangkan pilihan lain.

Malaysia yang sehingga kini menjadi sebilangan kecil negara yang mengekalkan hubungan persahabatan dengan Pyongyang yang tersisih, mungkin menutup kedutaannya di Pyongyang atau menamatkan lawatan tanpa visa rakyat negara itu ke Malaysia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments