Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Lawatan Raja Arab Ke Malaysia Hapuskan Tomahan Derma RM2.6b – Najib

February 27, 2017

bundesliga

Oleh Hafizi Hariz.

27 Feb 2017

Lawatan Raja Arab Saudi, King Salman Abdul Aziz Al Saud ke Malaysia secara langsung melenyapkan segala tuduhan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadinya.

 

“Seorang Ketua pembangkang pernah berkata, kalau ada orang arab yang beri wang sebanyak itu kepada Najib, orang Arab itu adalah tidak siuman. Sesudah King Salman membuat pengumuman terhadap sumbangan tersebut, maka ini membuktikan  Datuk Seri Najib berkata benar, bahawa RM 2.6 bilion itu sememang adalah dana derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.”

“Saya yakin pemberian tersebut diberikan berdasarkan atas pencapaian dan usaha Najib memartabatkan Islam di negara ini dan juga secara global, kata seorang pensyarah, Prof Madya Hanafiah Harun yang dipetik portal Umno Online.

Menurut pensyarah UiTM itu, jika benar Najib menggunakan atau memfitnah keluarga diraja Arab Saudi untuk menutup kesalahannya, sudah pasti Raja Salman tidak akan menjejakkan kakinya ke Malaysia.

“Dengan jelas bahawa dana RM2.6 bilion itu diambil dari 1MDB adalah semata-mata rekaan dan fitnah pihak luar yang bersekongkol dengan pihak pembangkang di negara ini untuk melibarkan sibaran mereka melalui media masa dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara,”

Pembangkang kini sudah ketandusan modal untuk bermain politik, sebab itu mereka jadikan tohmahan dan fitnah sebagai senjata mereka untuk menyerang Najib, biarpun ia sudah berkali-kali dinafikan dan termasuklah kenyataan Menteri Luar kerajaan Arab Saudi sebagai bukti kebenaran kata-kata Datuk Seri Najib.

“Dan hari ini, kesudian Raja Salman memilih Malaysia sebagai negara pertama dalam rangka lawatannya sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala dakwaan pihak pembangkang berhubung isu dana tersebut hanyalah satu tohmahan dan fitnah yang berniat jahat semata-mata,” katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku, manakala perdana menteri menyalahkan pihak pembangkang yang berkomplot menggunakan dakwaan rasuah untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments