Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

ISU JABATAN AIR-RAMLI BIDAS JUNZ WONG.

March 2, 2017

bundesliga

Oleh Dato Dean:

02 Mac 2017.

Tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong yang sering membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kerajaan dianggap sebagai tidak relevan dan dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin Umno mahupun Barisan Nasional.

Dalam satu surat terbuka yang ditulis oleh Junz Wong dalam satu laman media sosial baru-baru ini, beliau telah mempersoalkan projek berkaitan dengan bekalan air di negeri Sabah.

Junz Wong dalam kenyataannya mempersoalkan tindakan Kementerian Kewangan Sabah menyerahkan kontrak bernilai RM480 juta kepada sebuah syarikat.

Membalas kenyataan tersebut, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban berkata penyerahan kontrak tersebut telah dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Katanya, perkara ini telah pun beliau jelaskan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 November, tahun lalu dan menurut beliau Kementerian Kewangan Sabah turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang mana kedua-dua mereka telah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Ramlee yang juga merupakan ADUN Bugaya berkata beliau menganggap kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Parti pembangkang tersebut adalah sebahagian dari agenda mereka untuk meraih sokongan dan bukannya dilakukan untuk rakyat.

Katanya, jika mereka berjuang untuk mendapatkan kebenaran demi rakyat, mengapa tidak mereka persoalkan projek-projek yang dilaksanakan oleh Presiden mereka ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dulu.

Katanya, projek yang dilaksanakan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat, khususnya penduduk kampung kerana projek-projek tersebut dilaksanakan ala kadar dan kebanyakannya tidak berfungsi.

Sebagai contoh, projek penukaran paip di daerah Tongod yang mana paip yang sepatutnya diganti tidak berganti, projek bekalan air di Pulau Gaya, Sungai Intan dan Balung yang tidak berfungsi dan projek bekalan elektrik menggunakan solar di tujuh buah Pulau di Semporna bernilai RM94 juta yang berfungsi mengikut keadaan.

Bukan itu sahaja, projek jalan berturap juga dibuat di tanah-tanah ladang atau persendirian, bagaimanakah projek seumpama ini boleh memberi manfaat kepada rakyat? Kegagalan projek-projek ini juga menyebabkan pembaziran duit rakyat.

Selain dari itu, sejumlah wang bagi pelaksanaan projek bekalan air di Pulau Gaya juga dilaporkan hilang. Perkara seumpama ini seharusnya disiasat oleh SPRM.

Walaubagaimanapun, Ramlee berkata usaha untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan pihak pembangkang adalah seperti mwncurah air ke daun keladi kerana mereka bukan bersungguh-sungguh untuk rakyat, tetapi untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin Barisan Nasional demi perjuangan politik mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments