Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Ahmad Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

March 12, 2017

bundesliga

 

Oleh Hafizi .
12 Mac 2017.
 
SANDAKAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota UMNO untuk sentiasa turun padang bagi membantu dan membela rakyat di kawasan masing-masing.

Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya berkata pesanan itu diberikan oleh timbalan perdana menteri semasa menyempurnakan majlis penutupan ‘Program Keris’ anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO membabitkan tiga bahagian UMNO di sini, hari ini.

Ingatan itu merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti supaya kami sentiasa menumpukan usaha membantu nmenyelesaikan masalah dihadapi rakyat, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Majlis penutupan program itu diadakan secara tertutup kepada media. Program dua hari itu bagi memantapkan persediaan UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan anggota UMNO Bahagian Batu Sapi, Sandakan dan Semporna.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Ampung Puyon, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran dan Samsuddin.


“Kami sentiasa mengutamakan konsep turun padang itu termasuk menerusi Pusat Daerah Mengundi bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurut Samsuddin, UMNO Batu Sapi juga sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi.

Pada petang ini, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Perbandaran, Tawau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments