Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Portal sebenarnya.my dilancar perangi sebaran Palsu.

March 14, 2017

bundesliga

SELASA, 14 MAC 2017 –

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semasa melancarkan Portal SEBENARNYA.MY dan turut bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Halim Shafie (kanan) di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Cyberjaya. –

CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini melancarkan portal pengesahan maklumat, sebenarnya.my bagi membanteras penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Majlis pelancaran portal yang dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menerusi portal berkenaan orang ramai boleh menyemak dan melaporkan berita yang belum ditentukan kesahihannya di pautan www.sebenarnya.my sama ada yang diterima secara dalam talian melalui media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog atau laman sesawang bagi membolehkan ia disahkan oleh saluran rasmi atau agensi kerajaan yang terbabit.

Sementara itu, Salleh ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu berkata penyebaran berita palsu tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya mampu mengancam dan menjejaskan keselamatan negara. “Contohnya, dari satu berita yang tidak dipastikan kesahihannya boleh mendatangkan perselisihan faham dan syak wasangka yang mencetuskan perbalahan.

“Kalau dulu surat layang yang paling popular, tetapi sekarang sudah lebih canggih dengan menggunakan media sosial atau platform internet. “Ancaman berita palsu bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia. Dalam dunia baharu dan serba canggih kini, perlu dipastikan kita yang menguasai teknologi, bukan teknologi menguasai kita,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/259770?m=1


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments