Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Fitnah hingga mengaibkan, bekas ahli mahu saman Muhyiddin

April 21, 2017

bundesliga

BNBBC PUBLISH BY DEAN

21 APRIL: Gara-gara membuat fitnah sehingga mengaibkan nama seseorang individu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berdepan tindakan mahkamah.

Lebih memeranjatkan apabila saman itu akan dikemukakan oleh bekas ahli partinya sendiri kerana berdepan masalah trauma dan kemurungan ekoran fitnah tersebut.

Menurut bekas ahlinya, Mohd Anas Sudin yang mengumumkan keluar parti baru-baru dituduh sebagai seorang ahli PKR.

“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Tan Sri Muhyiddin tersebut adalah fitnah dan mengaibkan nama saya secara peribadi, apatah lagi di kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat warga umum yang mengenali saya sehingga ada yang memanggil saya dengan gelaran kepada lalang dan tupai.

“Saya sesungguhnya amat terkesan dengan kenyataan TS Muhyiddin tersebut dan telah mengalami trauma dan kemurungan akibat dari tohmahan dan prasangka buruk daripada rakan-rakan parti apatah lagi masyarakat yang mengenali saya secara dekat,” katanya.

Anas menegaskan perkara itu dalam satu sidang media khas di Seremban bersama beberapa orang pengikutnya yang juga bekas ahli PPBM.

Walau bagaimanapun, Anas memberi peluang kepada Muhyiddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam bentuk siaran media dalam masa tujuh hari bermula hari ini sebelum meneruskan hasrat untuk tindakan undang-undang tersebut.

“Saya menuntut Muhyiddin untuk menarik balik kenyataan tersebut, segera memohon maaf kepada saya secara bertulis sama ada siaran media umum atau bercetak dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh sidang media ini dibuat.

Terdahulu, Anas bersama 500 orang bekas ahli PPBM bahagian Rembau mengumumkan keluar parti berikutan amalan kronisme yang berlaku dalam parti tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun, menempelak tindakan Anas yang juga bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan itu dengan dakwaan bahawa Anas merupakan seorang ahli PKR.

Dalam pada itu, Anas turut mempertikaikan kredibiliti Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Menurutnya, tindakan tergesa-gesa Muhyiddin untuk membuat keputusan tanpa membuat sebarang siasatan berhubung keahliannya, bakal meletakkan negara dalam keadaan bahaya sekiranya Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Share This:


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments