Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PDRM AKAN DIROMBAK LEPAS RAYA-KPN

June 11, 2017

bundesliga

Di Publish semula fst. 

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya lagi, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.

“Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.

“Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pertukaran dalam PDRM merupakan perkara biasa dan hanya sesekali pertukaran ”luar biasa” akan dilakukan.

Mengenai kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khalid berkata, polis masih lagi menjalankan siasatan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan jadi tunggulah sehingga selesai siasatan kemudian kita akan bentangkan kes kepada Peguam Negara tidak lama lagi,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur pada badan. Susulan kejadian itu, polis telah mereman 36 penuntut UPNM termasuk empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang  berusia 20 hingga 21 tahun.

Pelajar Uniten itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments