Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PRK DUN Pujut Dibatalkan – SPR

June 19, 2017

bundesliga

Tarikh kemaskini oleh fst.

 19/06/2017

PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

“Notis Pemakluman mengenai pembatalan PRK N.74 Pujut akan dipamerkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di Dewan Suarah Miri dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas SPR hari ini mengenai status proses PRK DUN Pujut susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai ADUN Pujut.

“Mesyuarat khas hari ini memutuskan bahawa proses PRK tersebut dan tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini adalah terbatal sejajar dengan keputusan mahkamah itu,” kata Hashim.

SPR sebelum ini menetapkan 20 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi kerusi itu.

Pada 12 Mei lepas, Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana beliau didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan undi 70-10.

Pelucutan keanggotaan Dr Ting menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Pujut.

Pada 7 Jun lepas, Dr Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu.

— BERNAMA

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments