Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENENTU MASA DEPAN NEGERI – MUSA AMAN

June 21, 2017

bundesliga

Publish fst. 

Oleh CMLikes. 

Pembangunan modal insan dalam kalangan siswazah menjadi aset penting kepada kemajuan industri khususnya sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pembangunan modal insan dan kemahiran dalam kalangan siswazah bukan sahaja penting untuk Sabah, tetapi juga untuk mengisi keperluan di peringkat persekutuan.

“Kita mesti ada ilmu, pengetahuan dan kemahiran dan banyak lagi kalau kita ingin membangunkan negeri kita. Oleh itu saya berharap mahasiswa lebih fokus dengan pembelajaran masing-masing dan tidak terpengaruh dengan tohmahan berita yang boleh merosakkan pemikiran,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah, di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Musa, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata kerajaan negeri sedia memberi ruang kepada mahasiswa negeri itu untuk menabur bakti dan membangunkan Sabah terutamanya dalam tiga sektor penting iaitu pertanian, pelancongan, dan pembuatan.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata sejak Yayasan Sabah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, fokus pembangunan modal insan sentiasa menjadi keutamaan dan setakat ini, 18,236 pelajar memperoleh manfaat daripada tajaan Biasiswa Tinggi Yayasan Sabah berjumlah RM304.7 juta.

“Jumlah ini termasuk 488 pelajar yang mendapat manfaat daripada Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah dengan perbelanjaan RM78.3 juta sejak 1990,” katanya.

Kira-kira 1,300 pelajar Sabah daripada lebih 30 pusat pengajian tinggi awam dan swasta menghadiri majlis berbuka itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments