Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KEAMANAN DAN KEGEMBIRAAN RAKYAT MALAYSIA: KUATNYA FITNAH PEMBANGKANG  

July 5, 2017

bundesliga

 
Tulisan DSP Salleh Said Keruak
Diterbitkan semula fst. 

1. Politik hari ini penuh dengan fitnah parti pembangkang tentang politik negara.

2. Antaranya mereka menuduh negara Malaysia tidak aman dan kehidupan rakyat tidak sejahtera.  Tujuannya adalah menakutkan dan menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

3. Tuduhan pembangkang ini jauh dari fakta sebenar.  Jika kita memberikan data sebenar dari laporan kerajaan, mereka menyatakan data itu tidak boleh dipercayai.

4. Bagaimana pula jika saya berikan data dari laporan indeks keamanan negara dengan menggunakan data Indeks Keamanan Global 2017 (Global Peace Index).  Data ini diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace dan diterima pakai di seluruh dunia untuk mengukur tahap keamanan sesebuah negara.

5. Global Peace Index (GPI) menggunakan 22 indikator untuk mengukur tahap keamanan ini.  Antaranya ialah bilangan konflik yang berlaku dalam dan luar negara, bilangan kematian yang berlaku akibat konflik, tahap hubungan dengan negara jiran, aktiviti terorisme, ketidakstabilan politik, tahap keganasan jenayah, bilangan orang yang dipenjara bagi setiap 100,000 penduduk, bilangan anggota tentera dan polis bagi setiap 100,000 penduduk, kemudahan rakyat mendapatkan senjata dan beberapa lagi.

6. Dengan menggunakan indikator ini, GPI meletakkan Malaysia di tangga 29 negara teraman di dunia dari 163 buah negara.  Indeks ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara kelima paling aman di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Australia, Jepun dan Singapura.

7. Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari negara anggota Asean lainnya. Misalnya, Laos berada di tangga 48, Indonesia (52), Vietnam (59), Kemboja (89), Myanmar (104), Thailand (120), dan Filipina (138).

8. Kedudukan Malaysia yang aman ini juga adalah jauh lebih baik dari negara-negara kuasa besar seperti United Kingdom yang berada di tangga 41, Amerika Syarikat (114), China (116), dan Rusia (151).

9. Dengan data ini, apakah rasional parti pembangkang mendakwa Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dan tidak aman?  Kenapakah mereka tidak menghargai usaha kerajaan yang berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai negara selamat dan sejahtera untuk rakyat?  Inilah yang menghairankan saya dengan fitnah berterusan parti pembangkang menafikan kejayaan negara kita.

10. Tidak hanya itu.  Pembangkang juga mendakwa rakyat negara ini tidak lagi gembira di bawah pemerintahan Najib.  Asas dakwaan mereka ialah kos hidup yang tinggi akibat pelaksanaan GST, rasuah yang berleluasa, jenayah yang tidak terbendung, dan lainnya.

11. Betulkah rakyat Malaysia tidak gembira dan hidup dalam suasana kecewa dan tertekan? Mengikut World Happiness Report 2017, Norway, Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden adalah sepuluh negara yang rakyatnya paling gembira di dunia.

12. Nilai kegembiraan ini diukur dengan menggunakan lapan indikator iaitu pendapatan GDP per kapita rakyat, sokongan sosial kerajaan, jangka hidup rakyat, kebebasan rakyat untuk membuat pilihan hidup, sikap kemurahan hati rakyat, kadar salah laku rasuah, tahap keyakinan rakyat dan sikap kemanusiaan rakyat.

13. Dalam laporan ini, kegembiraan rakyat Malaysia adalah di tangga 42 daripada 155 buah negara, jauh lebih baik dari negara Asean lainnya kecuali Singapura (26) dan Thailand (32).

14. Bagi negara Asean lainnya, Filipina berada di tangga 72, Indonesia (81), Vietnam (94), Myanmar (114), dan Kemboja (129).  Malah bagi negara maju, Poland berada di tangga 46, Itali (48), Rusia (49), Korea Selatan (55), dan Hong Kong (71).

15. Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang?  Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita.

16. Kita akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadikan negara kita terbaik dalam kalangan negara yang baik.  Itulah yang sedang kita lakukan sekarang.  Malangnya, dalam usaha kita mengorak langkah ke depan, pembangkang pula semacam histeria menyatakan negara kita lemah dan merudum jatuh ke belakang.

17. Semoganya catatan ini boleh memberikan gambaran sebenar kedudukan keamanan dan kegembiraan rakyat kita.  Data yang diberikan menunjukkan betapa selama ini kejayaan kita banyak diputar belitkan oleh pembangkang.  Kuatnya fitnah pembangkang


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments