Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KENYATAAN AKHBAR.

August 15, 2017

bundesliga

15 Ogos 2017.

Berikutan dengan hujan lebat yang berterusan dalam tempoh beberapa hari yang lalu telah menyebabkan berlakunya insiden banjir kilat di beberapa daerah seperti Bandaraya Kota Kinabalu, Papar, Penampang, dan Kota Belud. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah-daerah tersebut telahpun diaktifkan untuk menyelaras tindakan bantuan dan penyelamatan oleh jabatan-jabatan dan agensi dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Semua jabatan dan agensi kerajaan yg terlibat diingatkan supaya sentiasa bersiapsiaga dalam menjalankan pemantauan secara berkala disamping menjalankan kerja penyaluran bantuan kepada mangsa atau penduduk yang terkesan dengan insiden banjir kilat ini dan usaha-usaha pemindahan kepada mereka yang terjejas. Sehingga jam 12 tengahari ini, masih kekal 3 daerah yang terkesan dan masih dibuka pusat pemindahan iaitu Daerah Penampang, Papar dan Kota Belud.

Semua penduduk diingatkan supaya sentiasa mengikuti laporan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Sekiranya berlaku keadaan hujan yang berterusan untuk beberapa tempoh yang panjang dan terdapat tanda peningkatan paras air maka penduduk dikawasan berkenaan diminta supaya lebih berwaspada, dan jika diarah berpindah hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Selain dari itu, penduduk-penduduk juga diminta memastikan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan ahli keluarga disimpan dalam beg khas yg boleh dibawa bersama apabila berlaku pemindahan. Pihak Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah akan memaklumkan penduduk melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tentang lokasi pusat pemindahan yang disediakan oleh jawatankuasa.

Oleh :
Tan Sri Hj Sukarti bin Hj Wakiman,
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

15 Ogos 2017


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments