Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

September 13, 2017

bundesliga

 

Dipublish semula oleh Hafizi. 

BUKIT BENDERA, 13 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa penahanan exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘haram’ menjurus kepada fitnah.

Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan wartawan pada 24 Ogos lalu berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.

Ketua pergerakan tersebut Rafizal Abd Rahim berkata, laporan polis ini dibuat bagi tujuan mendesak pihak polis menjalankan siasatan ke atas Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dan menghasut.

“Selain itu kenyataan tersebut juga jelas mahu mencemarkan imej dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sedia maklum SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas… agensi ini tidak berhubung kait dengan sebarang parti politik dan tidak memilih bulu.

“Oleh itu, kami berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan dengan segera,” ujarnya kepada UMNO-Online.

SPRM pada 25 Ogos lalu telah meminta Guan Eng yang juga Setiausaha Dap belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian.

SPRM dalam kenyataannya juga memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.

Tambah Rafizal, keengganan Guan Eng untuk memohon maaf juga jelas menunjukkan sikap biadap dan angkuh seolah-olah dirinya tidak takut dengan sebarang tindakan undang-undang. – MediaUMNO


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments