Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Harta Dunia Tak Bawa Kemana, Kita Kongsi Bersama

October 16, 2017

bundesliga

 

16 OKT: Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata pihaknya telah menyediakan peruntukan RM5,000 bagi kos perbelanjaan makanan dan minuman setiap hari selama tiga tahun.

Katanya sumbangan tersebut adalah hasil pengumpulan daripada beberapa ahli korporat yang namanya tidak mahu didedahkan.

Menurut beliau lagi, pemberian makanan percuma itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya timbul kesedaran yang harta dunia tidak boleh dibawa kemana dan beliau hanya ingin berkongsi apa yang ada bersama semua.

“Kalau sebab PRU, itu pandangan mereka, macam saya kata, kesedaran ini datang dari sahabat saya yang telah meninggal dunia dua bulan lepas, ketika saya kebumikan dia itulah datang kesedaran. Dalam dunia ini berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana.

“Kalau saya sendiri tak mampu lakukannya tapi sumbangan berterusan daripada rakan-rakan. Kos untuk seorang RM5. Kami dah masak 1,000 orang memerlukan RM5000.

“Kita ada 7 menu yang bertukar-tukar dan ini adalah konsep mengalukan semua lapisan masyarakt asalkan rakyat Malaysia. Inilah konsep Muhibbah. Kalau nak kata kami rasis, inilah konsep yang kami buat ia untuk rakyat Malaysia,” ketika Majlis Perasmian Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia di Kuala Lumpur, Isnin.

Setakat ini jelas Jamal lagi, sebanyak 15 orang pekerja menjadi sukarelawan di restoran tersebut.

Konsep restoran yang dibuka itu, makan sampai kenyang tetapi jangan membazir, selepas makan cuci pinggan sendiri.

“Saya telah mendapat maklum balas ramai nak jadi sukarelawan cuma tetamu yang datang boleh makan sampai kenyang tapi cuci pinggan sendiri,” ulasnya.

Menu pertama pada majlis pembukaan resoran itu adalah nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan sayur.

Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia terletak di Jalan Pahang bersebelahan dengan McDonalds daripada jam 11 sehingga 3 petang.

Jamal turut berkata cawangan seterusnya akan dibuka di Sekinchan pada 25 Oktober ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments