Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Pandangan Tun M Terhadap Bajet 2018 Kurang Jelas Dan Tidak Konsisten – Dr Salleh

October 31, 2017

bundesliga

Sumber berita dipetik dari blog Dr Salleh. By Alan Khan. 

Di publish dan diolah oleh Dean. 

 

KUALA LUMPUR – Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bajet 2018 kurang jelas dan tidak konsisten, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Ini yang berlaku apabila seseorang bercakap hanya semata-mata hendak bercakap, tetapi tidak ada apa yang mahu dinyatakan,” katanya dalam catatan terbaharu blog beliau.

Memetik portal berita Bernama, Dr Salleh turut mempersoalkan rungutan Dr Mahathir bahawa bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya semata-mata untuk memuaskan hati rakyat dan menggembirakan mereka.

“Tetapi bukankah ini apa yang kerajaan mesti lakukan; membuat rakyat gembira? Sampai bila sesebuah kerajaan yang tidak membuat rakyatnya gembira akan dapat bertahan?,” tanya beliau.

Mengenai keraguan Dr Mahathir tentang bagaimana kerajaan akan membayar kos untuk mentadbir negara jika apa yang kerajaan lakukan adalah semata-mata menyalurkan sumbangan kepada rakyat, Salleh berkata “Bagimanapun bukankah ini apa yang pembangkang rungutkan; bahawa kerajaan tidak menjaga keperluan kewangan rakyat dan rakyat menderita di bawah kerjaan Barisan Nasional.”

“Kemudian, apabila kerajaan mengambil berat keperluan kewangan rakyat dalam Bajet 2018, Dr Mahathir menyatakan beliau tidak tahu bagaimana wang itu akan diperoleh dan merungut kerajaan perlu meminjam lebih banyak wang,” katanya.

Dr Salleh turut mempersoal manifesto Pakatan Harapan yang mahu memansuhkan semua caj tol di seluruh Malaysia serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), selain pelbagai jenis cukai lain.

“Jika ini dilakukan, bagaimanakah kerajaan akan membelanjakan untuk pembangunan? Kemudian mereka menyatakan mereka boleh mendapatkan kembali wang tersebut dengan mengurangkan ketirisan dan menghapuskan rasuah.

“Berapa banyakkah apa yang dikatakan ketirisan dan rasuah itu? Bagaimana mereka boleh mendapatkan angka itu sedangkan mereka tidak tahu butirannya. Menyatakan kerajaan akan mengurangkan cukai dan kemudian mendapatkan semula cukai yang hilang itu melalui penjimatan sama sekali tidak masuk akal,”katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments