Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Jentera Maya UMNO Diingatkan Cerita 40,000 Pengundi Bangla Dulu

November 4, 2017

bundesliga

 

Publish by Dean. 

Media UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Nov- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengingatkan seluruh jentera UMNO betapa peperangan media sosial itu amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Beliau mengambil contoh isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dimainkan pada pilihan raya lalu yang mempengaruhi rakyat walau hakikatnya ia adalah satu penipuan.

Justeru jelas Najib, PRU-14 adalah peperangan penting media sosial dan semua jentera tidak boleh lagi bekerja seperti biasa.

“Dulu mereka bawa cerita 40 ribu pengundi Bangladesh, saya ingat mustahil orang akan percaya tetapi saya salah, rupanya ramai yang percaya.

“… sebab tidak ada orang yang berfikir kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya) satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada.

“Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat Kebangsaan anjuran Biro IT UMNO Malaysia di Dewan Tun Razak 4, PWTC, hari ini.

Tambah beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika itu tewas kerana tiada kekuatan untuk menjawab dan menangkis segala tohmahan dan fitnah pembangkang.

“Saya pasti kali ini akan ada cerita lain (menjelang PRU-14). Jadi jentera media sosial tidak boleh lagi bekerja seperti biasa. Kita perlu memahami dunia maya.

“Maka UMNO tidak bersedia maka kita akan terima bahana yang tidak diingini. Oleh itu Biro IT UMNO perlu lebih kreatif kerana cara persembahan akan menarik minat orang ramai,” ujarnya lagi.

Justeru beliau berharap semua pejuang maya UMNO bersatu dan bergabung bagi membantu parti memenangi PRU-14.

“Mulai hari ini kita perlu terus serang dan serang, pertahankan kerajaan… kerja lebih masa.

“Jika tiru kerajinan macam Tok Mat (Datuk Ahmad Maslan)… media sosial ini pasti UMNO akan kawal.

“Kita kena ingat, PRU-14 adalah ibu segala PRU, kita mesti melangkah jambatan PRU-14 dan apakah kita sudah bersedia?” katanya.

Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan ini diadakan bagi memantapkan lagi gerak kerja penggiat media sosial UMNO untuk menghadapi PRU-14 yang sudah tidak lama lagi.

Konvensyen yang mendapat penyertaan lebih daripada tiga ribu orang ini telah diberi penerangan tentang kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan bagi membantu parti memenangi PRU-14 nanti.

Antara perkara yang ditekankan adalah perjuangan dengan setia kepada pucuk pimpinan, mempertahankan parti dan kerajaan Barisan Nasional sehingga mencapai kemenangan yang cemerlang dan perjuangan dengan menyebarkan secara tepat, cepat dan tular mengenai fakta dan kebenaran serta menyerang segala bentuk fitnah dan kemungkaran pihak pembangkang.

Program ini turut membariskan Naib Presiden Parti Datuk Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin sebagai penceramah mengikut skop masing-masing. – MediaUMNO


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments