Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

DEBAT KEDAI KOPI BERSAMA PENYOKONG WARISAN.

November 6, 2017

bundesliga

Oleh Anak Bajau.

Pagi ini admin singah disalah sebuan kedai kopi terkenal dalaam daerah sandakan, setibanya admin ada dua orang penyokong Warisan menjemput admin untuk minum bersama, pada awalnya admin menolak takut timbul prasangka lain, akhirnya admin pun tidak menghampakan mereka lalu duduk dan minum bersama.

Sewaktu minum pagi berlangsung, penyokong Warisan membuka bicara yang kononnya hanya Shafie Apdal sahaja dapat memertabatkan ekonomi rakyat serta mengambalikan hak-hak rakyat sabah yang sudah terhakis sejak sekian lama dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Admin pada mulanya hanya mendiamkan diri, akan tetapi salah seorang mereka meminta admin melontarkan pandangan terhadap kepimpinan Shafie seperti yang disuarakan penyokong Warisan tersebut, Admin dengan selamba mengulas, “kenapa baru sekarang DSSA menyuarakan ingin mengembalikan hak sabah sesudah beliau bergelar pembangkang, kenapa tidak ketika dia berkuasa dalam kementerian KKLW dulu.” Penyokong warisan tersebut terpegun seketika tanpa ulasan.

Admin tidak melepaskan peluang, dan terus mengutarakan pandangan, bahawa “admin amat bersetuju 100% seperti kata saudara bahawa Shafie Apdal sahaja dapat memertabatkan ekonomi dan membanggunkan negeri ini, lebih maju dari Barisan Nasional, penyokong warisan itu tersenyum lebar tanda puas hati dengan kata-kata admin.

lalu admin menyambung lagi bicara, “tanda Shafie Apdal berjaya memertabatkan ekonomi rakyat dan membawah pembanggunan ke sabah, hari ini shafie dan rakyat kroni-kroni nya terpaksa di siasat dibawa akta SPRM atas kehilanga dana awam berjumlah rm 1.5 bilion.” Suram lagi seketika

Sejurus kemudian seorang lagi penyokong Shafie dengan nada kuat, mengeluarkan kata-kata konon nya tangkapan terhadap Shafie Apdal bermotifkan politik, sengaja diada-adakan supaya sokongan rakyat sabah terhadap warisan pudar.

Admin tidak sempat mengulas kerana penyokong Warisan Shafie tersebut terus bergegas tanpa sebarang alasan melainkan kedengaran berkata dalam bahasa bajau “ bayaren inuman tah lo” kepada rakan nya yang menjemput admin minum.

Alhamdulilah tiada kejadian panas berlaku ketika minum pagi, Admin melihat apa yang ditanam dalam menteliti penyokong Warisan Shafie ini, bukan berdasarkan perjuangan untuk membela rakyat tetapi diajar berpuak-puak dan taksub terhadap Shafie Apdal semata-mata.

Jika Warisan Shafie ini yang rakyat sabah sokong semasa pada Pru 14 akan datang, admin berani memberi jaminan Negeri Sabah akan hancur. Bangsa ku bajau suluk jauhkan dari menjadi boneka pemimpin hipokrit seperti Shafie Apdal yang hanya ingin berkuasa dan balas dendam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments