Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KENAPA SPRM LEPASKAN TUN MAHATHIR MOHAMAD DALAM SKANDAL FOREX…..?

November 8, 2017

bundesliga

 

Oleh: Dean.

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan semakin aktif dengan lemparan fitnah terhadap Datuk Najib Tun Razak hingga sanggup memburukkan nama negara Malaysia di Luar Negara.

Tomahan Dr. mahathir sudah sampai tahap yang tidak boleh di maafkan dengan dakwaan liar dan tidak masuk akal bahawa wang negara di curi Datuk Najib, tuduhan fitnah ini boleh mencetuskan rusuhan dan kekecohan kepada negara.

Sebab kenapa Mahathir risau hingga melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri, ini adalah kerana bekas Perdana Menteri ini semakin rimas yang isu skandal kewangan Forex dalam jangka masa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar sekiranya RCI Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati kes tersebut benar-benar melibatkan Tun Dr. Mahathir.

Berikut petikan dari sebuah  forum yang berlangsung di Pulau Pinang 5 tahun yang lalu, mengenai pendedahan skandal kerugian pertukaran wang asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion, oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr. Rosli Yaakop.

Ketika forum berlangsung Dr. Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters” – bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara mendiang Jaffar Hussein dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Nor Mohamed Yakcop sebagai parti yang bertanggungjawab keatas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara era pemerintahan Dr.Mahathir.

Dengan jelas kata Dr. Rosli, , Jaffar dan Nor merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip-prinsip bank pusat, dan kedua-dua mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset-aset Bank Negara tanpa menghiraukan apa akan berlaku.

Dr. Rosli telah menuduh Nor, selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor, kerana telah mengakibatkan kerugian forex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberikan tugas untuk membuat spekulasi untuk mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

Kata Rosli lagi, Nor pada masa itu adalah penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dalam bahagian pelaburan untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.

Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.

Ujar Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar-besaran semasa Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex untuk sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Daim bersama restu Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu PM,” kata Rosli. Jaffar adalah Gabenor pak turut atau “yes man” mereka pada masa itu.

Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Paun Britain. Ia membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual. Apabila nilai matawang Paun menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

Kata Rosli, anggaran pakar-pakar berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

Dan Rosli telah membuat anggaran didalam sidang Parlimen bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

Kata Rosli lagi, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

Rosli telah menyatakan juga seruan nya dalam dewan Parlimen pada masa itu supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang-orang berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

Kata Rosli, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen-elemen jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.

Admin memberi cadangan yang Mahathir mesti dijatuhkan hukuman penjara bagi skandal-skandal kewangan dalam tempoh 22 Tahun pemerintahan sebagai pemimpin negara.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berhak untuk mendapat cerita sebenar berhubung skandal kewangan yang akan menjadi satu pengajaran yang baik supaya tidak diulangi oleh siapapun pemimpin itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments