Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

CERITA SEBENAR DI SEBALIK CUBAAN ‘MEMPOLITIKKAN BALAK DI SABAH’

November 10, 2017

bundesliga

Siaran Ulangan dari kenyataan Dato Armizan Mohd Ali.

Publish semua oleh Hafizi.

1.Buat kesekian kalinya menjelang Pilihan Raya, terdapat gerakan untuk menjejaskan kredibiliti YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman dan Kerajaan BN Sabah pimpinannya. Baru-baru ini, rakaman video sederetan lori treler membawa muatan balak di Jalan Sapulut-Kalabakan ‘diviralkan’ dengan dakwaan yang tidak berasas.

2.Pihak yang berkenaan ternyata dengan sengaja memberikan gambaran palsu kerana hakikatnya mereka sendiri sudah pastinya mengetahui lori-lori berkenaan berhenti di kawasan Stesyen Jabatan Perhutanan untuk menjalani siasatan/semakan. Hakikatnya, lori-lori treler dalam video tersebut membawa muatan balak yang dikeluarkan dari kawasan Kalabakan dan Keningau melalui aktiviti pembalakan sah. Sebahagiannya sedang ditahan dan disaman kerana kesalahan prosedur pengangkutan seperti membawa muatan berlebihan dan saiz yang tidak menepati had yang ditetapkan bagi muatan di dalam sesebuah lori.

3. Sewajarnya pihak yang berkenaan mengalu-alukan tindakan tersebut kerana terbukti pihak penguatkuasa yang berkaitan melaksanakan tanggungjawab dengan tegas, namun mereka memilih untuk berkongsi cerita rekaan tanpa fakta tepat tentang keadaan yang sedang berlaku dalam video berkenaan.

4. Ternyata pihak yang ingin menjejaskan kredibiliti Kerajaan Negeri Sabah tersebut tersilap memilih isu berkaitan balak. Realitinya, pengurusan hutan di Sabah pada hari ini adalah yang terbaik di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar Negara. Perkara ini sangat dekat dengan hati saya dan dalam sesi-sesi perkongsian saya bersama generasi muda, saya sering membawa cerita ini kerana bagi saya inisiatif yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri Sabah hari ini adalah untuk kepentingan mereka generasi masa depan. Terpanggil dengan cubaan menyuntik sentimen negatif melalui penyebaran video itu, saya fikir elok saya kongsikan sedikit sebanyak perkembangan yang saya maklum berkaitan pengurusan khazanah hutan di Sabah.

5. Dari sebuah negeri yang terkenal dengan ‘politik balak’ dan kadar kebergantungan tinggi kepada balak sehingga mencecah 85% dari hasil negeri, hari ini pengurusan khazanah hutan di negeri ini telah melalui proses transformasi yang amat membanggakan. Kebergantungan kepada hasil balak telah jauh dikurangkan kepada hanya sekitar 13%.

6. Adakah ini bermaksud pendapatan negeri sudah semakin kering kerana kita kekurangan balak? Jawapannya tidak. Pada tahun 1972, dalam keadaan di mana negeri bergantung penuh kepada hasil balak, hasil Kerajaan Negeri hanya pada kadar RM172 juta setahun. Sebaliknya pada tahun 2016, hasil Kerajaan negeri telah meningkat berkali-kali ganda mencecah lebih RM3.5 bilion dan hanya 13% datangnya dari hasil balak. Maknanya, Sabah telah berjaya menggerakkan agenda transformasi ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pendapatan dan keluar dari kebergantungan penuh kepada sektor pembalakan.

7. Kenapa kita perlu keluar dari kebergantungan kepada hasil balak? Kerana pembalakan bukanlah sumber yang stabil berpanjangan dan tidak mampan (sustainable). Selain itu, Sabah komited kepada agenda global yang mementingkan pengurusan ekosistem secara mapan.

8. Adakah pula hutan dan balak di Sabah sudah habis hingga kita tidak boleh bergantung penuh sebagai hasil? Ini persoalan yang tidak kurang menariknya. Secara ringkas, biar saya jawab dengan tiga fakta yang juga antara tiga inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Musa Haji Aman.

• Pertama, Sabah mempunyai kawasan hutan yang cukup luas, 52% keluasan Sabah telah digazet sebagai ‘Forest Reserve’; kadar tertinggi di Malaysia!

• Kedua, badan dunia iaitu Kesatuan Perlindungan Alam Semulajadi Antarabangsa (IUCN) menetapkan setiap negara perlu meletakkan 10% dari keluasan tanah mereka sebagai Kawasan Perlindungan Penuh atau Totally Protected Areas (TPAs). Di Sabah, kadar TPAs pada tahun 2004 (Tan Sri Musa menjadi Ketua Menteri pada tahun 2003) adalah pada tahap 11% bersamaan dengan 850 ribu hektar dan telah meningkat kepada 26% (1.9 juta hektar) pada tahun 2016; jauh lebih tinggi dari Amerika Syarikat (14%) dan Australia (15%)! Dalam tempoh 5 tahun lagi, Sabah mensasarkan kadar TPAs mencecah 30%.

• Ketiga, Sabah juga sedang giat melaksanakan program penanaman semula kawasan hutan dan kini telah melebihi keluasan 700 ribu hektar.

9. Inilah antara gambaran sebenar pengurusan hutan di Sabah. Biar saya akhiri dengan berkongsi kenyataan yang pernah dibuat oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem semasa beliau membuat lawatan kerja ke Sabah pada 16 Mac 2015. Menurutnya, Sarawak akan mencontohi formula pengurusan hutan di Sabah yang beliau sifatkan adalah yang terbaik di Malaysia.

“Di Bawah Bayu, Di Atas Mercu”

ARMIZAN MOHD ALI
Ketua Pemuda UMNO Papar/Exco Pemuda UMNO Malaysia

7 November 2017


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments