Oleh Dean.
Sandakan – YB Datuk Haji Samsudin Yahya ADUN N.43 Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, merasmikan Konvokesyen Pra Sekolah SK Gas di Four Points Sheraton Hotel Sandakan hari ini.
Datuk Sam, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihnya kepada pihak penganjur konvokesyen pra sekolah khususnya juga Guru Besar SK Gas Sandakan diatas kesudian mengundang beliau dan seterusnya merasmikan majlis ini.
Di kesempatan ini, Datuk Sam, memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah Swt atas hidaya dan izinnya majlis konvokesyen merai anak-anak pra sekolah, untuk memberi pengiktirafan adalah satu langkah bijak, bagi menanam semangat tinggi dalam bidang pendidikan. Katanya ketika berucap
Datuk Sam juga merakamkan tahniah kepada ibubapa yang turut hadir pagi ini untuk memberi dorongan kepada anak-anak kita, sokongan moral kepada anak pra ini sudah tentunya mereka akan lebih bersemangat menempuh kejayaan dimasa depan kelak.
Pihak kerajaan akan sentiasa memberi dorongan dan bantuan kepada Jabatan pendidikan seperti ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018, sejumlah Rm 1 bilion diperuntukan kepada Kementerian pendidikan bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pasaranan sekolah. Kata Datuk Sam
Sebelum merasmikan majlis konvokesyen pra sekolah SK Gas, beliau telah mengumumkan sumbangan sebanyak Rm 1000 ringgit kepada Guru besar sekolah, untuk aktiviti kukrikulum.