Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

BAJET NEGERI SABAH 2018 MENDAPAT PUJIAN – SURPLUS

November 18, 2017

bundesliga

Oleh Dean.

YAB Tan Sri Datuk Seri Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah, dalam pembentangan bajet negeri kali ini, mendapat pujian dari rakan sejawat beliau di seluruh negara dan Perdana Menteri hari ini disatu majlis di Kota Kinabalu.

Tema Bajet Negeri yang dipersembahkan kali ini amat bersesuaian dengan “Memperkasakan Ekonomi, Mensejahterakan Rakyat”. hasil pendapatan negeri meningkat kepada Rm 4,169.24 ,manakala perbelanjaan negeri Rm4,104.35 , kerajaan negeri mempunyai surplus Rm 64.89 juta penambahan simpana kewangan negeri.

Berikut Laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sabah meningkat daripada RM59.3 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016, ini bermakna pendapatan per kapita negeri juga meningkat sebanyak 7.3 peratus daripada RM19,648 pada tahun 2011 kepada RM21,081 pada tahun 2016.

Ekonomi Negeri Sabah dijangka bertambah pada kadar 5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2018.

Agihan RM4,104.35 juta perbelanjaan perbekalan tahun 2018
adalah:-
(i) RM763.67 juta untuk Emolumen,
(ii) RM1,300.85 juta untuk Perbelanjaan Berulang
(iii) RM2,039.83 juta untuk Perbelanjaan Khas

 Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1,090.06 juta
(i) Peruntukan Negeri RM838.31
(ii) Peruntukan Persekutuan RM251.75 juta.

 RM820 juta caruman kepada Kumpulan Wang
Pembangunan Negeri

INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM
 RM1,339.6 juta untuk kemudahan infrastruktur dan prasarana
awam terdiri daripada:-
 RM287.8 juta kepada Jabatan Kerja Raya
• Naiktaraf jalan di Kota Kinabalu, Penampang dan Inanam dengan kos sejumlah RM37.5 juta
• Naiktaraf jalan di Tamparuli, Kota Belud dan Ranau dengan kos sejumlah RM28 juta
• Pembinaan jambatan Sungai Telangkai, Nabawan
• Kajian untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya di kawasan kritikal di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Likas, Inanam dan Sulaman.

 RM597.8 juta Bekalan air terawat
• mengatasi masalah luar jangka bagi sistem bekalan air seluruh Negeri Sabah dengan kos berjumlah RM20 juta
• loji rawatan air, tangki simpanan, saluran paip transmisi dan agihan dengan kos berjumlah RM48
• Menaiktaraf sistem bekalan air Kudat Fasa III dengan kos berjumlah RM5 juta  Biayaan Persekutuan
• Skim bekalan air Tawau Fasa III dengan kos berjumlah RM470.4 juta;
• Penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong Fasa II dengan kos RM429.2 juta;
• loji rawatan air Kundasang dengan kos berjumlah RM161.9 juta;
• Membiayai pembinaan loji rawatan air yang baru di Semporna dengan kos RM160 juta yang kini telah mencapai tahap 51.2 peratus pelaksanaan dan dijangka akan siap menjelang tahun 2019.

 Jabatan Keretapi Negeri Sabah RM42.5 juta
 Keretapi Pembiayaan Persekutuan
• Menaiktaraf landasan dari Halogilat ke Tenom dengan menggantikan rel daripada 60Ib kepada 80Ib dengan kos RM49.6 juta
• Penambahan 3 set Diesel Multiple Unit (DMU) lagi dengan kos RM46 juta

 Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah RM24.2 juta untuk menyediakan kemudahan pelabuhan dan perkhidmatan marin yang berkualiti dan boleh diharapkan

 Program-program saliran dan tebatan banjir di seluruh negeri
RM92.7 juta meliputi
• Rancangan mencegah banjir Sungai Tawau dan bandaran
Telipok;
• Saluran dan Skim tebatan banjir Kota Kinabalu yang melibatkan Bandar Sierra, Sungai Tebobon dan Sungai Rampayan
• Saluran Bandar-bandar kecil Beaufort, Taman Jumbo dan Putatan;

 Infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) RM110.5 juta

PERTANIAN
 Sebanyak RM509.7 juta diperuntukan untuk pembangunan sektor pertanian
 RM14.5 juta dari bajet perbekalan untuk menyelenggara dan mengendali kesemua skim pengairan di seluruh Sabah. Manakala sebanyak RM4.9 juta lagi disediakan di bawah bajet pembangunan untuk memperbaiki sistem saliran, pengairan dan sawah-sawah padi.
 RM17 juta untuk bantuan subsidi pembajakan sawah padi kepada para petani
 RM20 juta kepada para pekebun-pekebun kecil untuk membantu menstabilkan harga getah di pasaran.
 Pembangunan sub-sektor perikanan sebanyak RM49.5 juta akan diperuntukan kepada Jabatan Perikanan dan Ko-Nelayan

INDUSTRI DAN PEMBUATAN
 Sebanyak RM615 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada KKIP sejak 1986 hingga tahun
2017

 Sebanyak RM232.3 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan SOGIP sejak pelaksanaannya hingga kini.

 Bajet 2018, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM134 juta bagi memacu pembangunan industri pembuatan: • RM46 juta kepada SOGIP
• RM32.2 juta kepada POIC Lahad Datu
• RM10 juta kepada KKIP • RM8.7 juta kepada (SEDCO).

PELANCONGAN
 Program-program pelancongan ini RM228 juta pembangunan
seperti:-
• Pembangunan Pelancongan Luar Bandar (Rural Tourism Development)
• meneroka produk baharu “Lung cleansing tourism” yang melibatkan aktiviti trekking dan hiking.
• memulihara kesan dan peninggalan sejarah di negeri ini pula, mewartakan budaya bangunan-bangunan lama yang unik dan telah berusia lebih 50 tahun dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
 Melaksanakan program-program yang bersifat people oriented dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di seluruh negeri RM422.47 juta seperti
• Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Ladang-ladang PPRT, Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES), Program Kampung
Sejahtera (PKS) dan Projek-projek Pembangunan Kecil (PPK) RM33.5 juta
• program pembangunan usahawan desa, pelancongan desa, latihan keusahawanan dan pinjaman mikro kredit serta akan memperkukuhkan lagi program satu daerah satu produk RM15.6 juta
• Orang kurang upaya (OKU), warga emas dan anak-anak yatim RM60.3 juta
• program pemberian bantuan persekolahan seperti pakaian seragam yang lebih berkualiti, kasut sekolah dan alat tulis kepada murid sekolah rendah RM12 juta.

MODAL INSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
 Bagi memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan peruntukan sebanyak RM315.3 juta meliputi
 RM40.6 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajarpelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi
 RM34 juta untuk pembangunan dan operasi sekolah agama Islam dan masjid
 RM32 juta untuk pembangunan keagamaan dan pusat-pusat ibadat bagi penganut bukan islam serta sekolah mubaligh dan persendirian
 RM29.6 juta untuk latihan dan kursus berkaitan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT);
 RM18 juta untuk pembangunan dan operasi perpustakan
 RM16.3 juta untuk pelaksanaan pelbagai latihan dan kursus kemahiran di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia;
 RM9.7 juta untuk menampung pelaksanaan pelbagai program di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat
 RM10 juta untuk pelaksanaan kursus-kursus di Institut-institut Pertanian

WANITA, BELIA & SUKAN
 RM91.4 juta akan diperuntukkan untuk menyantuni pembangunan wanita, belia dan sukan.
 menyokong aspirasi pembangunan belia dan sukan sebanyak RM76.9 juta akan

PERUNTUKAN KHAS
 Peruntukan Khas meningkat LEBIH 100 PERATUS iaitu daripada RM53 juta pada tahun 2017 kepada RM115 juta pada tahun 2018 untuk program-program berikut:

 RM5 juta untuk memperkasakan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan sosial kaum wanita dan ibu tunggal

 RM6 juta diperuntukkan kepada warga emas
• RM5 juta untuk memenuhi keperluan harian dan kesejahteraan hidup warga emas
• RM 1 juta Program PANTAS Warga Emas, subsidi pecah geran

 RM8 juta untuk Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu
• RM5 juta untuk menyantuni keperluan golongan OKU serta bagi meningkatkan keyakinan diri dan memupuk
jati diri mereka dalam kehidupan bermasyarakat
• RM1 juta Geran Pembangunan Usahawan OKU (GPOKU) bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam bidang keusahawanan
• RM2 juta menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang lebih MESRA OKU

 RM10 juta untuk Yayasan Usaha Maju (YUM), pinjaman
mikro kredit

 RM5 juta untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS);

 RM5 juta untuk meningkatkan kesejahteraan di melalui Program Kampung Sejahtera;

 RM5 juta untuk para belia di bawah program Youth Entrepreneurship Scheme Sabah dan Youth Excellence in Sports Scheme Sabah di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah;

 RM8 juta diperuntukkan untuk penubuhan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dan melaksanakan melaksanakan Skim Jaya Diri Perantis Anak Sabah (SYABAS), Skim Pementoran Kerjaya (SKOR) dan Geran Pengupayaan serta Pengiktirafan Kecemerlangan.

 RM5 juta bantuan khas kewangan kepada pelajar-pelajar anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (IPT);

 RM12 juta khusus kepada Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar serta para penggiat seni seperti berikut:-
• RM5 juta untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam industri pelancongan luar bandar (rural tourism), menyedia kemudahan pelancongan khususnya seperti program inap desa (homestay)
• RM2 juta kepada masyarakat luar bandar yang berminat untuk membangun dan menaiktaraf produk ekopelancongan dan alam sekitar di luar bandar (rural tourism) serta usaha-usaha perlindungan dan konservasi spesis penyu di Sabah;
• RM2 juta untuk menggalakkan penyertaan dan penduduk luar bandar bagi membangun dan mengkomersialkan produk pelancongan berasaskan ukiran, kraftangan dan kebudayaan etnik;
• RM3 juta disediakan untuk dinikmati oleh para penggiat seni, pemuzik, penyanyi, penari serta persatuan penulis, penggiat budaya dan karyawan di Sabah

 RM15 juta lagi disediakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
• RM7 juta membantu para peniaga dan penjaja kecil membaikpulih gerai-gerai yang usang dan rosak, menyediakan tong-tong sampah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selesa
• RM8 juta mempertingkat dan membaikpulih kemudahan-kemudahan awam seperti tandas, playground, jogging track, taman-taman awam, penanaman pokok-pokok, mengecat bangunanbangunan usang dan pemasangan alat pemantauan
CCTV di tempat-tempat awam

 RM3 juta disediakan untuk Geran dan Tabung
Pengembangan Perniagaan Koperasi-Koperasi di akar umbi
(GP-KOP);

 RM10 juta dalam bentuk pinjaman mudah kepada KOPEKS

 Sentuhan Kasih ditambah daripada RM500,000 kepada RM800,000 untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri pada tahun hadapan.

PENJAWAT AWAM NEGERI
 bantuan khas kewangan RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri Sabah.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments