Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MA63: Najib ikrar pulangkan hak negeri, rakyat Saba

November 19, 2017

bundesliga

Oleh Hafizi. 

Bernama

PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan persekutuan tidak berniat mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda,” kata Najib semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin parti komponen BN.

Justeru, kata Najib, rakyat Sabah berhak memperkata atau membicarakan berkaitan hak mereka dalam MA63 tanpa perlu takut dikenakan tindakan.

“Nak sebut MA63 sebutlah. Saya tidak akan masukkan sesiapa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Datuk Seri Dr Maximus (pernah) berehat 60 hari di bawah ISA sebab ‘orang itu’ masukkan dia di bawah ISA…Apa yang saya mahu ialah kita berlaku adil,” katanya.

Najib berkata, semua pihak perlu memberi sedikit masa kepada kerajaan persekutuan untuk mengkaji intepretasi undang-undang berkaitan MA63 kerana pada masa ini terlalu banyak tafsiran mengenainya berdasarkan pihak mentafsirkannya.

Katanya, kesediaan kerajaan BN untuk meneliti dan mendengar keluhan rakyat Sabah, termasuk berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan MA63 membuktikan masa depan rakyat negara ini dan Sabah di bawah BN adalah cerah.

“Kita dah nampak. Semalam kita umumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah 6.2%, antara tertinggi di dunia. Kita dah buat macam-macam. (Pembinaan) Lebuhraya Pan Borneo sedang berjalan rancak. Laluan 1 MRT di Kuala Lumpur sudah siap.

“Ini semua cerminan masa depan Malaysia. Kita akan jaga segala-galanya termasuk keselamatan orang Sabah.”

Justeru, kata Najib, rakyat Sabah perlu yakin BN adalah pilihan terbaik mereka, manakala parti pembangkang kini dalam keadaan bercelaru, termasuk sebuah parti yang tidak patuh kepada perlembagaan sendiri.

“Bukan undang-undang kita. Undang-undang dia sendiri tak dapat ikut. Macam mana nak perintah negara ini.”

Katanya, bagi kerajaan persekutuan di bawah pimpinannya, beliau akan terus membangunkan Sabah dengan kerjasama pemimpin Sabah yang disifatkannya pemimpin baik.

“Sabah akan terus berjaya. Kita ada pemimpin baik-baik di Sabah ini yang boleh bekerjasama dengan saya. Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa, PBS jadi rakan setia kita. Masalah PATI dapat kita selesaikan, masalah tanah adat dapat diselesaikan.”

Sebab itu, kata Najib, rakyat Sabah tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang hanya pandai menjual janji kerana Sabah memerlukan kerajaan yang boleh menjamin masa depan rakyat yang cemerlang.

Ketika beliau bertanyakan perwakilan mengenai kesiapsiagaan mereka menghadapi pilihan raya umum, respons yang diperoleh adalah mereka sudah bersedia.

“Kalau anda yakin, saya pun yakin pilihan raya sudah boleh diadakan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments