Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Gelaran Negarawan Bukan Lesen Merendahkan Pemimpin Lain – Persatuan Bugis

November 26, 2017

bundesliga

Publish oleh Dean. 


Tarikh kemaskini: 26/11/2017

TAWAU, 26 Nov (bernama) — Gelaran negarawan bukan lesen untuk merendahkan pemimpin lain termasuk menggunakan isu bangsa yang begitu sensitif di negara ini, kata mantan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Datuk Osman Jamal.

Kenyataan itu khas ditujukan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghina kaum Bugis dalam ucapannya pada perhimpunan pembangkang di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Okt lepas apabila didakwa melabelkan Bugis sebagai lanun.

“Negarawan itu (Dr Mahathir) kita hormati sebab ada dalam sejarah, kita tak pernah anti Tun M, beliau pemimpin yang telah berjasa membangunkan negara ini, tetapi itu bukan lesen untuk beliau memaki hamun sesuka hati.”

“Kita tak mahu mana-mana orang memaki orang lain berdasarkan kaumnya apatah lagi negarawan sebab ini isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan menyebabkan keharmonian negara tergugat,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Maruah Bugis Sabah Red 26, di Kompleks Sukan Tawau di sini, hari ini.

Perhimpunan Maruah Bugis Sabah Red 26 yang bermula 7 pagi itu dihadiri kira-kira 5,000 masyarakat Bugis di Sabah dan Labuan bagi menuntut Dr Mahathir memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Presiden Rumpun Bugis SeMalaysia Datuk Samsul Alang Hamzah pula berkata sebanyak 60 laporan polis telah dibuat oleh persatuan Bugis di seluruh negara terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya itu…..

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments