Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Kekayaan Zahida Yang Mengaitkan Shafie Apfal SPRM Jangan Terlepas Pandang.

November 26, 2017

bundesliga

Oleh Dean / Gambar Captian M. 

Zahida dikatakan hidup mewah secepat kilat, berbanding dengan pendapatannya yang sedikit tidak memungkinkan dia boleh mewah sekelip mata  tanpa bantuan Shafie Apdal.

Dan perkara ini tidak mungkin SPRM terlepas pandang, terhadap kemewahan Zahida yang pernah menjadi viral di dalam media masa, selama ini Zahida mendakwa bahawa dia mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya atas memiliki dua buah syarikat iaitu Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).

Menurut sumber siasatan Paparazzi yang menjalankan siasatan  di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati keupayaan kewangan dan pendapatan syarikat yang tidak berpungsi tidak memungkinkan Zahida dapat menyara kehidupan mewahnya, dengan memiliki banglo mewah dan sebuah kondo mewah melainkan ada penaja luar biasa.

Admin berpandangan untuk rakyat tahu bahawa hasil kekayaan Zahida ini betul tulin hasil titik peluh nya hanya SPRM sahaja yang boleh menentukan kesahihannya.

Mengikut petikan dari kenyataan bekas pemandunya Zahida, Noor Azman Azemi bahawa bekas Menteri KKLW telah Top-Up   setiap kali pertemuan nya dengan Zahida sejumlah wang RM100,000 hingga mencecah RM1.5 juta.

Tambah pemandu itu lagi,
hasil daripada lakonan selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem sahaja tidak mungkin mendapat bayaran lumayan dan kekayaan yangbdi milikinya.

“penyalagunaan kuasa oleh bekas Menteri tersebut memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.” kata bekas pemandu itu.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul 
‘Budi.Bahasa’ dan ‘1Malaysia’ 
terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.”

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta…..?

Setakat ini kata sumber sudah mencapai RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida….?

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments