Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Suruhanjaya syor Tun M, Anwar, Daim disiasat

November 30, 2017

bundesliga

Sumber Berita Harian

Publish Dean.

KUALA LUMPUR – Berita terkini Wujud fakta Pihak Polis Diraja Malaysia melaksanakan siasatan rasmi berkemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan bertanggungjawab menguruskan negara adalah terletak pada barisan Kabinet pimpinannya.

“Walapun beliau menafikannya, suruhanjaya berpendapat bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti IW24 (Perdana Menteri) dalam perkara ini,” menurut laporan tersebut.

juga berpendapat wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan turut dilakukan pegawai BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin (14 Julai 1984-15 Mac 1991).

Laporan itu turut menyatakan, selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Perdana Menteri, adalah tidak dapat diterima kemungkinan beliau tidak mempedulikan masalah dihadapi BNM, tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan berkenaan masalah berhubung urus niaga forex dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumkan bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).
“Sebagaimana dinyatakan IW14, beliau menjangkakan IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa IW24 menyatakan `sometimes we make profit, sometimes we make losses’.

“Reaksi dan penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan maknitudnya.
Sumber berita harian.

“Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumkan mengenainya semasa perbincangan bersama IW21 (Anwar) dan IW14 pada akhir tahun 1993 adalah sesuatu yang dipersoalkan.

“IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion,” menurut laporan itu.

Siasatan juga mendapati, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai kerugian forex sebanyak RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993 tidak mungkin benar.

Petikan dari berita harian.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments