Oleh Din Bajau.
Pakatan di selangor mula kecut perut `apabila UMNO dan BN memasang pelbagai strategi untuk menawan balik negeri itu pada PRU14 termasuklah bekerjasama dengan bekas MB Selangor yang dipecat PKR dan difitnah, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid sanggup bekerjasama dengan UMNO demi menyelamatkan negeri dan rakyat Selangor.
Penyertaaan Tan Sri Khalid tepat pada masanya kerana Selangor di bawah Pakatan semakin kelam kabut dan kucar kacir.
MB Selangor, Azmin Ali dilanda pelbagai kontroversi dan yang terbaharu anak saudaranya ditahan SPRM bagi siasatan rasuah melibatkan kontrak penjualan pasir dan batu hasil dari pendedahan adiknya sendiri, Ketika SPRM menyerbu pejabat anak saudara Azmin itu, wang tunai RM4 juta telah dirampas.
Azmin juga gagal menepis dakwaan penjualan tanah di Paya Indah Wetland untuk pembangunan, skandal UNISEL dan Jana Niaga serta penjualan tanah yang telah dirampas kerajaan kepada pemaju swasta di Kuala Selangor bernilai RM1 bilion.
Nampaknya Pakatan sudah boleh mengucap Selamat tinggal kepada Selangor dan rakyatnya sudah muak dengan tipu muslihat MB Selangor yang sering memberi janjanji kosong kepada rakyat.