Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Biar golongan muda jadi calon PRU-14

December 6, 2017

bundesliga

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Sabah yang sudah memegang jawatan lebih tiga penggal dicabar menyatakan kesediaan memberi laluan kepada pemimpin muda menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Cabaran itu dilontarkan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan, yang mahu pergerakan Pemuda UMNO melakukan revolusi ini.

“Pemuda Sabah harus ada satu pemikiran untuk lakukan revolusi, saya tidak tahu dengan Pemuda negeri lain, kalau kamu takut, kamu akan ketinggalan.

“Pemuda Sabah sudah buat keputusan, sudah cukup sudah. Kami cabar mana-mana ADUN dan Ahli Parlimen yang sudah memegang jawatan lebih tiga penggal, yang sudah tidak boleh menjadi menteri ataupun Ketua Menteri, tulis surat kepada Pengerusi Perhubungan dan Presiden parti untuk beri ruang kepada anak muda.

“Ini jawatan bukan kita yang punya, tapi ini jawatan UMNO yang punya,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan logik bagaimana masih ada lagi mereka yang menjadi pemimpin sejak 1970-an dan sehingga kini masih mahu menjadi calon serta membicarakan tentang perjuangan yang belum selesai.

“Jadi bila keadaan ini berlaku, dia ada satu sindrom, sentiasa mahu kerja kuat, pagi kerja tengah hari kerja, siang malam bekerja, jadi bila ada sindrom ini, bagaimana dengan nasib Ketua Pemuda yang ada.

“Sudah 10 tahun tidak ada seorang pun calon Parlimen dari Pemuda Sabah yang berusia bawah 40 tahun, mana maruah kita? Tapi bila ada pemimpin Pusat yang datang ke Sabah, kami inilah yang diminta untuk menyambut ketibaan, jadi berduyun-duyunlah kami pergi ke lapangan terbang.

“Bila diajukan mengenai ini, kami diminta bersabar dan ada pemimpin kata masa kami akan sampai. Tiap-tiap tahun kami berharap nama masuk dalam senarai (calon), tapi hingga kini itu hanya mimpi,” katanya yang disambut sorakan perwakilan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments