Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

‘Kekalkan ibu terbaik bangsa’

December 6, 2017

bundesliga

 

KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Wanita UMNO disaran tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang demi menjamin keutuhan momentum pergerakan.

Perwakilan Wanita UMNO Sabah, Rahimah Asrah, yang mengusulkan perkara itu berkata, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjalankan tugas sempurna dalam merangka pelbagai inisiatif sepanjang menyandang jawatan berkenaan.

Sehubungan itu, Rahimah berkata, penghormatan wajar perlu diberi kepada institusi kepemimpinan parti, sekali gus menjamin kelangsungan gerak kerja.

“Kekalkan Tan Sri Shahrizat, malah angkat beliau sebagai menteri penuh susulan pelbagai kudrat yang dicurahkan dalam membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Lakukan ini atas dasar perpaduan demi ibu terbaik bangsa (Shahrizat),” katanya membahaskan usul politik sempena Persidangan Wanita UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Rahimah turut mengusulkan 30 peratus nama calon Wanita BN Sabah yang berpotensi dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, pelaksanaan itu selaras gagasan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam peringkat pembuat dasar di negara ini.

“Berilah pertimbangan sewajarnya dengan bukan saja mengekalkan kuota sedia ada, tetapi menambah bilangan ini menerusi pencalonan mereka yang berpotensi,” katanya.

Rahimah yang juga Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, menyuarakan tekad 35,000 jentera Jalinan Rakyat (JR) di 25 bahagian di Sabah akan terus memacu gerak kerja menjelang PRU-14.

Mengakhiri perbahasan, beliau yang tampil melaungkan ‘Sabah tatap setia’ mendendangkan lagu Keris 2314 untuk membangkitkan semangat 937 perwakilan berpakaian merah putih di Dewan Tun Dr Ismail.

Mari-mari kita mara 
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Umat ini lemah lesu
Nasib terbiar kian membisu
Siapa pembela selain daku

Nusa agama tanya merindu
Dengan berani ayuh lafazkan

Kebenaran sama di pertahankan
Takut hanya pada yang Esa
Segalanya kita sandarkan

Mari-mari kita mara 
Ayuh sama kita bela

Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Ingat kembali janji kita
Di alam roh dan di alam nyata

Amanah bara yang kita genggam
Maruah dibela bumi dijaga

Andai leka berangan selesa
Anak cucu milik durjana

Jika kita terus alpa 
Dunia dijajah akhirat merana

Mari-mari kita mara 
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Wahai barisan pembela
Yang berjiwa satria

Tekad berteguh kesatuan
Kembalikanlah kekuatan

Ayuh bina peribadi
Imbaulah kemenangan silam

Kuat dan taat denyutan nadi
Gagah tamadun di bangunkan

Mari-mari kita mara 
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah ayuh gandakan

Mari-mari kita mara 
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah 
Ayuh gandakan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments